I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 31, 2010

Malaikat Jibril Khabarkan Tentang Neraka

   Nabi Zakaria a.s ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada Allah s.w.t., baginda akan memandang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria memdapati anaknya, Nabi Yahya a.s, tidak ada maka baginda akan membaca ayat-ayat yang menunjukkan seksa Allah s.w.t. Dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu maka baginda tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksa Allah s.w.t.

   Pada suatu hari seperti biasa Nabi Zakaria melihat orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, baginda melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan bahawa anaknya, Nabi Yahya, tidak ada. Nabi Yahya tanpa pengetahuan bapanya telah memakai jubah dan menundukkan kepala sehingga tidak dapat dikenali oleh Nabi Zakaria.

   Setelah Nabi Zakaria mendapati anaknya tidak ada maka baginda pun memulakan syarahannya dengan memulakan ayat-ayat tentang seksa Allah s.w.t

A.Gunung di Dasar Neraka

   Berkata Nabi Zakaria a.s sambil menangis : "Sesungguhnya Jibril a.s, telah mengatakan kepadaku bahawa di dalam neraka jahanam terdapat sebuah gunung yang disebut 'Sakraana' yang asalnya dari satu jurang yang bernama 'Ghadhban' yang mana ianya dicipta dengan kemurkaan Allah Yang Maha Rahman. Di jurang itu terdapat beberapa perigi dari api dan dalam setiap perigi itu sejauh 200 tahun perjalanan. Di dalam perigi itu juga terdapat beberapa peti dari api dan di dalam peti-peti itu terdapat rantai dan belenggu yang banyak."

Tuesday, December 28, 2010

Malaikat Membina Kaabah

   Apabila Allah s.w.t hendak menciptakan manusia di bumi maka para Malaikat merasa seolah-olah tidak bersetuju. Malaikat yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah berani mengemukakan bantahan bila arahan ini dikemukakan.

   Kata Malaikat : "Adakah Tuhanku hendak menjadi padanya (bumi) mereka yang merosakkan padanya (dengan membuat maksiat dan derhaka kepada Tuhan dan mengkufur padaNya) dan menumpahkan darah (dengan bunuh membunuh) padahal kami ini sentiasa mengucap tasbih dengan memuji akan Dikau dan membuat amal ibadat kepada Engkau (ialah patut bagi Khalifah (ganti) Tuhanku di atas bumi)?"

   Bagaimanapun kerana takwa dan taat setia yang tidak berbelah bagi Malaikat terus naik takut akan kemurkaan Tuhan apabila mendengar perintah Allah tersebut maka pergilah mereka tawaf akan 'Arasy Tuhan dengan berkeliling dan berkekalan mereka menuntut keampunan dan keredhaan Tuhan Rabbul-a'lamin.

A. Kaabah di Bawah 'Arasy

   Maka Allah meredhakan mereka dan diperbuat serta dibina sebuah Kaabah di bawah 'Arasy Tuhan yang dinamakan 'Baitul Makmur' dengan binaan di atas empat tiang daripada 'zubur jad' dan ditahtakan dengan batu delima merah serta dinamakan dia 'Addhurrah' bagi menyenangkan kerja tawaf berbanding dengan tawaf di 'Arasy Tuhan yang begitu besar. 


   Malaikat terus tawaf pada sepanjang waktu tetapi terhad kepada sekali tawaf sahaja sehingga hari kiamat. Seramai 70 ribu Malaikat dapat mengerjakan tawaf pada sesuatu masa.


B.Kaabah di Bumi
   Kemudian Allah menyuruh Malaikat yang di bumi membina sebuah Baitullahil-Haram menyerupai Baitul-Makmur dari segi rupa dan saiznya bagi tujuan tawaf Malaikat di bumi. Binaan ini dibuat 2000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam. Tapak Baitullahil-Haram adalah bersetentang dengan Baitul-Makmur di langit. 


   Berkata sebahagian ulama : "Sekiranya dijauhkan sebutir batu daripada tengah Baitul-Makmur nescaya boleh terjatuh batu itu di tengah-tengah Baitullahi-Haram."


   Tempat binaan Baitullah-Haram ialah di atas buih yang keras iaitu awal-awal benda yang timbul di atas muka air. Inilah awal-awal binaan sehingga beberapa kali pembinaan dan pembinaan semula dinding-dinding dan atapnya yang ada sekarang. Pembinaan Malaikat tidaklah seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan yang berbentuk seperti sekarang.

Monday, December 27, 2010

Rupa dan Bentuk Malaikat Izrail

   Bila sampai masa kematian, maka Allah s.w.t mengutus Malaikat Maut (Izrail) mencabut roh dari tubuh orang tersebut.

   Sekiranya orang yang akan dicabut rohnya itu orang Mukmin yang tidak berdosa, maka Malaikat itu datang sebagai seorang yang rupawan. Tetapi jika datang pada orang yang kafir dan munafik maka mereka mendatanginya dengan rupa yang sangat menakutkan.


1.Putih Berseri Bagaikan Sinaran Matahari.

   Bara' bin Azib telah meriwayatkan yang dikutip dalam hadis Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lainnya menyebutkan hal tersebut sebagai berikut : "Sesungguhnya jika orang Mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini dan menuju alam akhirat, maka dia didatangi Malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olah wajah Malaikat itu seperti sinaran matahari. Mereka itu membawa kain kafan yang dibawa dari syurga. Juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang. Kemudian datanglah Malaikat Maut dengan duduk di sisi kepalanya. Malaikat itu mengatakan :

   "Hai nafas yang baik (tenang), keluarlah anda sekarang dengan mendapatkan ampunan dari Allah dan kerelaanNya." Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan yang berasal dari satu minuman, kemudian Malaikat itu mengambil roh itu.

2.Kasar, hitam dan berbulu

   "Dan sesungguhnya jika orang yang akan dicabut itu roh orang yang kafir, (dalam riwayat yang lain : orang yang "fajir" ertinya penjahat, penzina atau pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi Malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya kejam dan kasar) dengan rupanya yang hitam. Dengan membawa pakaian berbulu, lalu mereka duduk daripadanya sejauh mata memandang. Lalu Malaikat Maut (Izrail) datang dan duduk disisi kepalanya, sambil mengatakan, "Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya." Lalu dipisahkan roh itu dari tubuhnya, yang terpisahnya itu laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti dengan putusnya peluhnya dan urat sarafnya)." (Hadis riwayat Hakim, Abu Daud, Ahmad dan lainnya)


Wallahu 'alam :)

Sunday, December 26, 2010

Malaikat Bersama Orang-orang Soleh

   Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh Malaikat ke langit sehingga terbuka semua batas-batas dan sampai kepada Allah s.w.t.

   Mereka berhenti diharibaan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

   Kemudian Allah s.w.t berfirman : "Kamu semua adalah para Malaikat Hafazdah (Malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Akulah yang mengawasi dan mengatahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, bahkan untuk selain-Ku. Maka baginya adalah laknat-Ku, laknat para Malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Golongan yang Menyesal Hari Kiamat (3)

Meratapi Kematian

MEREKA ini adalah orang-orang yang tidak bersabar atas musibah yang menimpa mereka dan mengeluh terhadap perintah-perintah Allah, lemah dalam menghadapi qadha'-Nya serta tidak menyerahkan segala urusan mereka kepada Allah s.w.t.

   Allah s.w.t telah menciptakan manusia dan mengutus kepada mereka para Nabi yang memberikan khabar gembira dan peringatan serta menunjuki ke jalan yang lurus. Allah s.w.t pun telah memberitahukan kepada kita bahawa Ia akan menguji hamba-Nya dan menjatuhkan cubaan untuk menyaring keimanan mereka, sehingga diketahui siapa yang bersabar dan yang mengeluh di antara mereka.

   Allah s.w.t berfirman :

   "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan beritakanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. 'Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat pentunjuk." 
(Al-Baqarah : 155-157)

Golongan yang Menyesal Hari Kiamat (2)

Mengkhianati Janji dan Membatalkan Perjanjian

MENEPATI janji adalah tabiat manusia. Kalau sekiranya ia mensia-siakan janji maka ia tidak berhak mendapatkan penghormatan dari Rabb yang telah diberikan kepadanya. Dan sebatas mana seseorang memenuhi janji, maka sebatas itu pulalah cermin akhlaknya dan perilakunya yang terpuji. Bahkan dengan hal itu ia mendapatkan penghargaan dari orang lain. 

   Sesungguhnya memenuhi janji itu merupakan akhlak orang-orang yang ikhlas kepada Rabbnya dan menekuni perbuatan-perbuatan mereka dengan baik. Dengan demikian mereka tidak mengkhianat janji. Mereka adalah orang yang jujur yang dimaksudkan oleh Allah dengan firman-Nya : 

"Dan orang-orang yang menepati janjinya apabila mereka berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) ; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."
(Al-Baqarah : 177)

Allah juga telah memuji mereka dalam kitab-Nya :
"Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulkannya) dan janjinya."
(Al-Mukminun : 8)
Mereka itu Mendapatkan Celaka

   Di lain pihak, iaitu orang yang membatalkan perjanjian, ialah mereka yang mensia-siakan perjanjian dan membatalkannya/tidak melaksanakannya. Maka mereka tidak mendapatkan rasa aman dan perlindungan. Mereka itu telah menukar kejujuran dengan kebohongan. Mereka berlaku jahat dalam bermu'amalah. Hal itu mendatangkan pengaruh yang buruk dalam masyarakat dan ditunggu oleh seksaan Allah yang pedih kelak di hari akhirat. Allah s.w.t mensifatkan golongan orang yang demikian itu sebagai orang yang kufur dan keluar dari agama. Allah Taala berfirman :
   "Jika mereka merosak sumpah (janji)nya, sesudah mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat dipegang janjinya, agar supaya mereka berhenti."
(At-Taubah : 12)
   Tidakkah anda melihat, wahai saudaraku sesama Muslim, bahawa bila kebohongan telah tersebar dan janji telah disalahi dan dibatalkan secara sepihak, maka akibatnya tidak ada keamanan dan ketenteraman, dan hal itu akan menyebabkan disia-siakannya hak dan terjadi kezaliman, serta tersebarnya berbagai keburukan.

Lebih Jahat

Terdapat satu kisah yang terjadi pada Bani Israil yang mengandungi nasihat, iaitu ketika seorang perempuan dari kalangan Bani Israil itu datang kepada Nabi Musa, kemudian ia berkata : 'Hai Rasul Allah, aku telah berbuat dosa besar, dan kini aku bertaubat kepada Allah, maka doakanlah kepada Allah agar Ia mengampuniku dan menerima taubatku." Nabi Musa kemudian bertanya : "Apakah dosa yang kau perbuat itu?"

   Perempuan itu menjawab : "Hai Nabi Allah, aku telah berzina dan melahirkan seorang bayi dari perbuatan tersebut, lalu aku membunuhnya."

   Nabi Musa bersabda : "Keluarlah hai wanita pendosa! Semoga api tidak diturunkan dari langit kemudian membakar kami kerana perbuatan kejimu itu." Maka perempuan itu pergi meninggalkan Nabi Musa dalam keadaan sedih. Maka Jibril turun, dan berkata : "Hai Musa. Allah Taala berfirman : "Kenapa kamu menolak orang yang bertaubat? Hai Musa, tidakkah kamu pernah menemukan orang yang lebih jahat daripadanya?" Nabi Musa menjawab : "Hai Jibril, siapakah yang lebih jahat daripadanya?" ialah orang yang meninggalkan solat secara sengaja."

Golongan yang Menyesal Pada Hari Kiamat (1)

Tidak Menunaikan Solat

KEWAJIPAN terpenting dalam Islam adalah solat. Ia adalah tiang agama dan dasarnya yang kukuh. Pembeza antara keimanan dan kekufuran. Dan amal perbuatan tidak akan diterima tanpa solat. Sebab semua ibadah itu tegak di atasnya. Allah s.w.t telah menjanjikan orang-orang yang menjaga solatnya memperolehi pahala yang besar.
Firman-Nya :
"Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."
(Al-Mu'minun : 9-11)

   Apabila setiap ibadah itu ada rohnya, maka roh solat itu adalah khusyuk. Dengan melakukan solat timbul rasa aman dan tenteram. Ia merupakan bentuk kominikasi dengan Al-Khaliq yang Maha Kuasa. Dengannya hatu tersinari dan masjid-masjid dimakmurkan. Allah s.w.t berfirman :
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah : 18)
   Maka siapakah di antara kaum Muslimin yang mahu hatinya mengalami kehancuran, rumahnya runtuh dan kehidupannya kehilangan berkah? Ialah orang yang mensia-siakan solatnya. Tidakkah cukup solat itu menjadi tanda kesucian,  dizikir dan keikhlasan! 

   Diriwayatkan dari Mu'adz Radhiyallahu Anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Janganlah meniggalkan solat secara sengaja. Sebab siapa-siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja bererti telah bebas daripadanya hukum Allah."

   Sesungguhnya solat itu bagi hamba adalah cahaya yang akan menyinari wajahnya kelak di hari Kiamat, dan merupakan lentera yang menerangi kegelapan kuburnya, serta menjadi hidayah baginya di dunia dan keuntungannya di akhirat.

Saturday, December 25, 2010

Manusia Dihimpunkan Di Padang Mahsyar

Permintaan dari seorang sahabat tentang tajuk ini ;)

Manusia akan dibangkitkan dari kuburnya, iaitu setelah mati. Dan akan dihimpunkan dalam satu tempat perhentian yang disebut padang "Mahsyar" (tempat berkumpul). Semua akan diadili dengan segala apa yang berkaitan dengan sengketa dan masalah di antara mereka. Perkara ini telah menjadi keimanan yang wajib diyakini oleh setiap Muslim.

Malaikat Sebagai Saksi

   Mereka yang dikumpulkan itu adalah semua umat manusia, jin dan para Malaikat sebagai saksinya, dan mereka akan dibalas sesuai dengan amalan masing-masing. Adapun mereka yang dibangkitkan dan tidak diberi hukuman mahupun ganjaran adalah binatang, termasuk binatang buas. Sedangkan yang akan keluar pertama sekali dari kuburnya menuju padang mahsyar adalah Nabi Muhammad s.a.w.

   Nabi Muhammad s.a.w memegang peranan penting dalam memberikan syafaatnya yang besar, pada saat-saat gentingnya manusia yang merasa tidak selesa berada dalam padang Mahsyar itu. Mereka berkeinginan agar Allah s.w.t segera membuka mahkamahnya dengan cepat, ingin segera keluar dari padang tersebut walaupun menuju neraka sekalipun. Ini akibat panasnya matahari yang membakar mereka di padang Mahsyar.

   Syafaat Nabi s.a.w

   Hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya sebagai berikut : 

   "Jika hari kiamat tiba, maka bergeraklah rombongan manusia yang satu menuju kepada yang lainnya. Mereka itu lalu berjumpa Nabi Adam. Kata mereka, "Hai Adam, berilah kami dari keturunan berupa pertolonganmu." Nabi Adam lalu menjawab, "Aku tidak berhak. Tetapi cubalah kamu datang kepada Nabi Ibrahim." Kemudian mereka menjumpai Nabi Ibrahim. Namun jawapan Nabi Ibrahim ketika itu, "Aku tidak berhak memberi pertolongan, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Musa, dia itu adalah orang yang diajak berbicara oleh Allah." Kemudian rombongan itu datang menuju Nabi Musa.

   Bagaimanapun Nabi Musa menjawab bahawa aku tidak berhak memberi syafaat, tetapi cubalah kamu datang pada Nabi Isa, sebab dia adalah Roh Allah dengan firman-Nya yang diwahyukan padanya.

   Lalu mereka menjumpai Nabi Isa tetapi Nabi Isa pun mengatakan tidak berhak memberi pertolongan dan syafaat. Baginda mengatakan : "Aku tidak dapat memberi syafaat, tetapi cubalah kamu datang kepada Nabi Muhammad s.a.w."

   Lalu mereka itu mendatangi Nabi Muhammad s.a.w.
   "Aku mengatakan (kata Nabi s.a.w), "Aku yang akan memohon syafaat kepada Allah." Lalu aku (Nabi) berangkat untuk memohon syafaat kepada Tuhanku. Aku diizinkan, berdiri di hadapan-Nya, aku memuji pada-Nya dengan segala macam pujian. Dalam sujud yang dihadapkan oleh Nabi kepada Tuhannya lalu ditetapkan bahawa akan dikeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan seberat biji gandum.

   Dalam sujud kedua dari Nabi lalu yang ditetapkan oleh Allah bahawa akan dikeluarkan dari neraka mereka yang ada keimanan seberat biji sawi. Dalam sujud ketiga dari Nabi s.a.w kepada Tuhannya bahawa Allah akan mengeluarkan dari neraka bagi mereka yang ada keimanan dalam hatinya lebih kecil daripada besarnya biji gandum.

   Akhirnya dalam sujud Nabi yang keempat dengan tujuan memohon syafaat atau pertolongan Allah itu maka Allah menetapkan : 'Hai Muhammad, angkatlah kepalamu, katakanlah doamu akan dikabulkan, mintalah dan kamu akan dikabulkan."

   Nabi memohon : "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memohon syafaat bagi mereka yang mengucap Laa ilaaha illallah (Tiada ada tuhan kecuali Allah)." Akhirnya keputusan Allah yang terakhir : "Demi keperkasaan, keagungan, kehebatan dan kebesaran-Ku, pasti Aku keluarkan daripadanya (neraka) barangsiapa yang membaca Laa ilaaha illallah (tidak ada Tuhan kecuali Allah)." (HR Bukhuri-Muslim)

Malaikat Maut

Malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. Bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

   Firman Allah s.w.t: Ertinya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mempercepatkannya." (Al-A'raf.34)

Betapa kerapnya Malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana Malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
   Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

   "Bahawa Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
   Selain itu, Allah Ta'ala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada Malaikat Maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a. dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul, para nabi-nabi, para wali dan orang-orang solihin.

   Selain itu, Malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

   Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

Bayi, Ibu Dan Malaikat

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para Malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah?"

   Tuhan menjawab, "Kami telah memilih satu Malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

   "Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan ketawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

   "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

   
   "Tapi bagaimana saya boleh mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"


   "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."


   "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?"


   "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."


   "Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"


   "Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."


   "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat-Mu lagi."


   "Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu dapat kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada disisimu."


   Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan. "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, boleh Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"


   "Kamu akan memanggil Malaikatmu, Ibu."


   Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.

Sunday, December 12, 2010

Kisah IBLIS menghadap Nabi Muhammad S.A.W - (4)

Soal Nabi : "Hai Iblis! Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Sembahnya : "Iaitu orang yang taat kepada ibu bapanya dan mendengar kata keduanya dan membantu makan-pakainya kerana tuanhamba telah bersabda. "Bermula syurga itu adalah di bawah kaki ibu bapa."


 Soal Nabi : "Hai Iblis! Apa pula yang merantai akan engkau?" Maka sembahnya : "Iaitu orang yang berjual dengan betul timbangannya sukatannya, ukurannya dan tukarannya."

Soal Nabi : "Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, betapa hal engkau? Sembahnya : "Apabila bertemu antara dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya, maka pecahlah dada aku rasanya, maka aku pun meratap kerana keduanya mendapat ampun - ia dan sahabatnya - yakni apabila berpisah keduanya."

Soal Nabi : "Hai Iblis! Siapa pula sahabat yang hampir dengan engkau?" Maka sembahnya : "Iaitu orang yang meminum arak atau tuak atau candu atau ganja kerana merbahayanya telah zahir membawa pecah-belah dan perkelahiran dan penceraian."


Soal Nabi : "Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?" Sembahnya : "Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat bermain joget dan seumpamanya seperti tempat campur pemuda-pemudi


Soal Nabi : "Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?" Maka sembahnya : "Iaitu suara orang yang menyanyi-nyanyi dan berpantun-seloka dan suara sebagai bunyi-bunyian. Kecuali orang yang menyanyi, berpantun, bernazam memuji-muji Tuhan kerana berlagu-lagu membaca nasyid dan selawatkan Nabi."





Soal Nabi : "Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau?" Sembahnya : "Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan memakan riba."

Wallahu 'alam

Saturday, December 11, 2010

Kisah IBLIS menghadap Nabi Muhammad S.A.W - (3)

Soal Nabi : "Hai Iblis! Jika umatku bersatu dengan ahlinya, apa hal engkau?" Maka sembahnya : "Jika seorang hendak bersetubuh dengan isterinya jika ia membaca

بِسْÙ…ِ اللهِ اَللَّÚ¾ُÙ…َّ جَÙ†ِّبْÙ†َا الشَّÛŒْØ·َانَ ÙˆَجَÙ†ِّبِ الشَّÛŒْØ·َانَ Ù…َا رَزَÙ‚ْتَÙ†َا
“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

   Maka larilah aku daripadanya. Maka jika tidak ia membaca doa yang tersebut akulah mendahului bersetubuh dengan isterinya, maka bercampurlah benih aku dengan benih isterinya dan jika menjadi anak, maka gemar anak itu pada pekerjaan maksiat dan malas pada jalan yang kebajikan dengan sebab lalai dan alpa ibubapanya. Demikian lagi jika mereka makan atau minum jika tidak membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, maka akulah yang mendahului maka dan minum daripadanya, maka makanlah ia padahal tidak kenyang. 

Soal Nabi :"Hai Iblis! Siapa yang terlebih engkau sukakan?" Maka sembahnya : "Iaitu apabila lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut atau tidak menggunting bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh disisi kemaluannya) yang telah sampai masa 40 hari lamanya, maka duduklah aku mengecilkan diri seperti pijat-pijat bersarang di situ demikian lagi tempat aku bergantung dan berbuai iaitu pada bulu ketiak orang yang tidak mencukur atau mencabutnya."

Soal Nabi : "Hai Iblis! Siapa saudara engkau?" Maka sembahnya : "Iaitu orang yang tidur tiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh, maka ia tidur pula tidak segera sembahyang subuh, maka aku uliti akan dia hingga lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak aku beratkan hatinya menjadi malas mengerjarkan sembahyang. 

Kisah IBLIS menghadap Nabi Muhammad S.A.W - (2)

Soal Nabi : "Hai Iblis! Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segala manusia?" Maka sembah Iblis : "Pertama-tama aku palingkan imannya supaya berpaling iktikadnya kepada kafir samada pada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya, atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan cara begitu, maka aku tarik pula kepada jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan aku."

   Soal Nabi : "Jikalau umatku membaca Quran dengan kerana Allah, apakah engkau rasa?" Maka sembah Iblis : "Jika mereka membaca Quran kerana Allah maka terbakarlah rasa tubuh aku dan putus-putus segala urat aku maka larilah aku daripadanya." 


   Soal Nabi : "Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji dengan kerana Allah, apakah engkau rasa?" Maka sembah Iblis : "Telah binasalah diri aku dan gugurlah segala daging tulang hamba kerana mereka itu mencukupkan rukunnya."


   Soal Nabi : "Siapa pula serupa dengan engkau?" Maka sembah Iblis : "Iaitu orang yang meringankan syariat tuanhamba dan yang membenci orang-orang belajar agama Islam."

   Soal Nabi : "Siapa pula yang mencahayakan muka engkau?" Maka sembah Iblis : "Iaitu orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan saksi bohong dan menyalahi janji."

   Soal Nabi : "Apa pula rahsia engkau kepada umatku?" Maka sembah Iblis : "Jika seorang Islam hendak pergi buang air besar (ke jamban), jika tiada membaca doa pelindungan syaitan kepada Allah Taala, nescaya aku gosokkan najis itu kepada tubuhnya dengan tiada ia sedari sekali-kali."

 Wallahu 'alam


  

Kisah IBLIS menghadap Nabi Muhammad S.A.W - (1)

   Allah Subhaanahu Wataala telah memerintah seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat menyuruhkan dia mengadap hadrat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekalian yang dibencinya. Adapun hikmat yang demikian ini ialah kerana membesarkan ketinggian darjat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan juga supaya menjadi sutu peringatan di atas sekalian kita umat Nabi Muhammad. Maka Malaikat itu pun datanglah ke hadapan Iblis, katanya : "Hai Iblis! Bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruhkan engkau mengadap hadrat Rasulullah hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad itu hendaklah engkau jawab dengan benar. Jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun, nescaya diputuskan segala suku-suku daripada anggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras."

   Syahadan deni Iblis mendengar perkataan Malaikat itu sangat dahsyat rasanya maka segeralah ianya mengadap hadrat Nabi Muhammad dengan menyerupai seperti seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih banyaknya 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu serta ianya memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah. Maka sembah Iblis : "Ya Rasulullah! Mengapakah Tuanhamba tidak menjawab akan salam aku kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Tuhan?"

   Maka jawab Nabi dengan marahnya : "Hai 'aduwullah seteru Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan makarmu! Berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akan daku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a.s. keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi Allah Ayub a.s. engkau tiup dengan asap racun pada masa ia sedang sujud di dalam solatnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan kisah Nabi Daud dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman meninggalkan isterinya lalu engkau menyerupakan seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya ; demikian jua beberapa Anbiya dan pendita-pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatanmu yang khianat. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan azza wajalla, hanya salam engkau itu sahaja aku tidak hendak menjawab kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kena laknat serta ditentukannya engkau dalam nurka yang sangat keras bagi menyiksakannya dirimu, maka aku kenal baik-baik bahawa engkaulah Iblis raja segala syaitan yang menyamarkan diri. Apakah kehendak engkau datang mendapatkan aku ini?"

   Maka sembah Iblis : "Ya Nabi Allah! Janganlah tuanhamba marah. Demi sebenarnyalah tuanhamba khatamin nabiyyin walmursaliin dan kekasih Allah Taala maka dapat tuanhamba kenal akan aku. Ya Nabi Allah! Adalah kedatangan aku ke mari ini ialah dengan izin Tuhan jua telah mendatangkan seorang Malaikat menyuruh aku mengadap hadrat tuanhamba supaya tuanhamba tanya apa jua sesuatu hal-ehwal umat-umat tuanhamba sedialah aku khabarkan dengan terusterang daripada segala tipudaya aku di atas sekalian manusia daripada zaman Nabi Adam hingga kepada zaman kemudian daripada tuanhamba iaitu aku goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka itu dengan tipudaya aku yang amat halus. Ya Nabi Allah! Kiranya aku berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur-leburlah diri aku terbakar menjadi abu."

   Syahadan manakala Nabi Muhammad mendengar sembah Raja Iblis dan sumpahnya maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata di hatinya, inilah satu peluang dapat aku menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan jua supaya menjadi suatu senjata kepada sekalian umatku hingga kemudian hari kelak.

Nabi Idris Menikam Mata Iblis

   Pada suatu hari sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, sekonyong-konyong terdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki dengan memegang di tangannya sebutir telur. Katanya : "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka Nabi Idris pun memandang lelaki itu lalu dikenalnya ialah seteru Allah Iblis alaihil-laknat.

   Maka kata Nabi Idris a.s. : "Marilah dekat aku, tanyalah apa yang engkau kehendaki." Maka Raja Iblis itupun datang dekat sisinya, katanya : "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ini ke dalam telur ini?" Maka sahut Nabi Idris : "Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telus yang sebesar ini bahkan ke dalam jarum aku sekecil inipun Tuhanku sangat berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya," lalu dengan pantas Nabi Idris a.s. pun menikam mata Raja Iblis itu dengan jarum. Maka Raja Iblis pun terperanjat dengan kesakitan lalu lari membawa diri dengan menerima tanda tangan Nabi Idris buta sebelah matanya hingga tibalah kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wasallam.

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)


Satu cara syaitan menyesatkan manusia adalah menimbulkan rasa waswas atau ragu-ragu ke dalam hati manusia dalam menyembah Allah.

   Rasa waswas atau ragu-ragu ini disebut dengan istilah saintifik sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). OCD membawa makna, sesuatu yang dicirikan oleh fikiran dan imej yang tidak dikehendaki sehingga menimbulkan kebimbangan yang melampau. Contoh mudah dalam masyarakat adalah rasa ragu sama ada wuduk yang diambil sah ataupun tidak, serta ragu tentang bilangan rakaat dalam sembahyang.

   Lebih dahsyat daripada semua itu, syaitan turut membisikkan keraguan dalam soal kepercayaan kepada Tuhan dan rukun iman yang lain. Antaranya syaitan menimbulkan pertanyaan seperti :

~ Benarkah Allah wujud? Sekiranya wujud, di mana Allah?

~ Benarkah al-Quran itu wahyu daripada Allah dan bukannya karangan Nabi Muhammad?

~ Benarkah kita mesti mendirikan sembahyang? Mengapa pula bilangan rakaat bagi setiap sembahyang berbeza-beza?

~ Benarkah Nabi Muhammad itu rasul terakhir? Mengapa generasi selepas Nabi Muhammad tidak layak dilantik sebagai rasul?


Pendek kata, orang yang mengalami OCD begitu obses pada sesuatu perkara. Contohnya, dia begitu obses dengan wuduk sehingga basah kuyup pakaiannya lantaran mengambil wuduk berulang-ulang kali.


*Al-Khannas dalam kalangan syaitan berlalu pergi apabila insan mengingati Allah dan ia datang apabila Allah dilupakan. Ternyata, gangguan syaitan bergantung pada hati individu. Hati yang tidak mengingati Allah menjadi sasaran serangan al-Khannas. Sebaliknya, hati yang khusyuk dalam mengingati Allah ditakuti oleh al-Khannas.

Sunday, December 5, 2010

Dibelasah kerana Mendirikan Solat

Ini kisah orang yang mampu memotong talian yang menjauhkan diri daripada Rahmat Allah, biarpun berhadapan dengan kesukaran.

Hamdi (bukan nama sebenar) adalah seorang warga Nepal yang bekerja sebagai buruh di negara ini. Hamdi memeluk agama Islam sesudah mendapat petunjuk daripada Allah.

   Walau bagaimanapun, tindakan Hamdi tidak disenangi oleh rakan-rakan senegaranya yang beragama Hindu. Hampir 20 orang rakan senegara yang tinggal bersamanya, bertindak mencerca dan memerlinya. Keadaan itu menyebabkan Hamdi tidak berani menzahirkan buku asas belajar al-Quran yang ada padanya. Buku itu disembunyikan di dalam bajunya setiap kali dia tidur.

   Selepas tahu mengerjakan solat, Hamdi mula mendirikan solat secara sembunyi-sembunyi. Namun kadangkala ada juga rakan serumah yang terserampak dengannya ketika dia sedang mendirikan sembahyang. Akibatnya, punggungnya ditunjal dan disepak.
   
   Pada suatu hari, ketika berada di kilang tempat kerjanya, Hamdi diperli lagi. Hamdi yang selama ini hanya mendiamkan diri, kali ini menjawab dengan berani, "Saya tidak pernah mengganggu awak dan agama awak!".

   Kata-kata Hamdi itu menyalakan api kemarahan dalam diri lawannya itu. Hamdi ditumbuk dan dibelasah beramai-ramai. Mujurlah Hamdi berjaya melepaskan diri. Apabila peristiwa itu tiba ke pengetahuan pihak pengurusan kilang, Hamdi dan rakan-rakannya dipanggil. Mereka diberi kata dua, sama ada terus bekerja ataupun dihantar pulang ke negeri asal.

   Hamdi pula diberi perangsang oleh ahli-ahli jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya. Mereka menguatkan semangat Hamdi supaya terus komited mengerjakan solat biarkan berhadapan dengan ancaman. 

Sekilas, 

Ternyata sekiranya mahu berjaya dalam kerjaya, sembahyang tidak boleh diabaikan. Pendek kata, sekiranya hendak berjaya, perintah Allah mesti diutamakan

"Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya berserah kepada Allah. Tetapi setiap perkara yang dibuat mesti disertai dengan niat yang betul. Jangan sekali-kali meninggalkan solat lima waktu kerana solat adalah tunjang hidup. Jangan lupa bersedekah dan jangan abaikan kedua ibu bapa"
Falsafah Ali Hassan Mohd Hassan
Pengarah Urusan al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd

Filem Seram dan Mesra Magis


Filem seram dan tahyul kini menjadi genre filem yang semakin diminati
ramai. Filem-filem yang memaparkan watak bomoh sesat dengan
unsur-unsur khurafat itu dianggap oleh pengeluar filem sebagai hiburan
semata-mata. Malangnya penonton tidak difahamkan tentang unsur-unsur
yang bertentangan dengan agama Islam. Maka jadilah filem seperti itu
salah satu daripada jerat-jerat syaitan ke atas manusia.
Dalam filem seram yang dibikin oleh orang bukan Islam, lebih banyak
unsur-unsur tahyul dipaparkan. Unsur-unsur ini menimbulkan kekeliruan
kepada penonton dan mampu merosakkan kepercayaan mereka
kepada tuhan. Contoh ketara adalah filem Harry Potter. Dalam filem
ini, diwujudkan dua bentuk sihir iaitu sihir baik dan jahat.
Prof. Albus Dumbledore dianggap tukang sihir yang baik. Nampaknya
penonton bukan sekadar mahu disesatkan secara tidak langsung, 
malah diperbodohkan! Kawan-kawan Harry Potter sebahagiannya
adalah hantu. Satu daripadanya adalah Moaning Myrtle, 


hantu
kanak-kanak perempuan yang tinggal dalam tandas perempuan di sekolah
Hogwarts. Harry selalu menemuinya bagi mendapatkan nasihat dan
pandangan dalam menyelesaikan masalah misteri. Inikah yang kita mahukan,
supaya anak-anak kita bersahabat dengan hantu syaitan?

Allah Lebih Perkasa






Allah maha kuat dan maha perkasa. Iblis dan syaitan hanya makhluknya yang lemah. Kekuasaan iblis dan syaitan tertakluk pada kekuasaan Allah.

   Nama-nama Allah seperti al-Qahhar bererti 'yang menundukkan', al-Qayyum bererti 'berdiri dengan sendirinya', dan Zul-Jalali wal-Ikram yang bererti 'maha pemilik keagungan dan kemuliaan', menggambarkan kekuatan dan keperkasaan Allah.
Tidak ada kuasa yang melebihi kekuasaan dan keperkasaan Allah. Oleh yang demikian, hanya kepada Allah kita meminta perlindungan.

   Tidak seharusnya kita terpengaruh dengan perkara-perkara tahyul yang diamalkan oleh kaum-kaum tertentu. Misalnya,

Orang Cina : Menampal kertas mantera pada dahi puntianak supaya puntianak itu tidak mengganggu manusia. 

Orang Kristian : Menundukkan hantu menggunakan tiang salib, kononnya tiang salib memiliki kuasa sehebat kuasa Tuhan.

Demikian juga dengan kepercayaan kepada bomoh yang membuat tangkal dan meramal nasib, sehingga menafikan Allah sebagai tempat berlindung.

Dalam dunia siber, kepercayaan kepada kuasa selain Allah berlaku tanpa disedari. Misalnya, percaya kepada nasib baik dan buruk yang disebabkan oleh surat berantai. Ancaman diberi seperti, "Datuk Q tidak memanjangkan e-mel ini. Selang sehari sewaktu dia memandu ke V, kenderaannya terbabas lalu terhumban ke dalam jurang yang dalam. Dia akhirnya mengalami lumpuh kekal dan meninggal dunia setahun kemudian."

   Kita percaya, menemui pak nujum adalah perkara yang dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Namun, mengapa kita temui pak nujum siber seperti ramalan dalam Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya? Malah kita sebarkan pula ramalan nasib kita kepada orang lain. Dalam soal akidah tidak timbul soal 'main-main' atau 'saja-saja'.

Saturday, December 4, 2010

Ketika Remang Senja


Syaitan tidak mahu manusia menyembah Allah. Pelbagai cara dilakukan oleh syaitan bagi melengah-lengahkan manusia daripada mengingati Allah. Antara waktu kesukaan syaitan bagi melengah-lengahkan manusia ialah waktu senja.
   Waktu senja adalah waktu syaitan berpesta. Pada waktu ini syaitan membisikkan rasa seronok ke dalam hati manusia supaya keluar rumah. Syaitan mendorong manusia turut sama berpesta di luar rumah seperti pergi ke pasar-pasar ataupun berkumpul bersama jiran dan kawan-kawan sambil berbual-bual. Dengan cara itu, manusia menjadi lalai daripada mengerjakan sembahyang Maghrib yang tempoh waktunya sangat singkat.
   Nabi Muhammad tidak menggalakkan umatnya keluar rumah pada waktu senja melainkan bagi tujuan yang tertentu seperti pergi ke masjid atau tempat kerja. Beliau melarang kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu senja kerana dibimbangi syaitan mengganggunya. Malah semua pintu dan tingkap rumah hendaklah ditutup.

Fikir-fikirkan,
Pada waktu ini, sebaik-baiknya kita bersiap-siap bagi mendirikan sembahyang Maghrib. Waktu bagi mendirikan solat maghrib terlalu pendek, takut-takut kita terlepas menunaikannya. Sekiranya terpaksa keluar rumah disebabkan sesuatu urusan, berusahalah mencari masjid atau surau bagi mendirikan sembahyang.

Wallahu 'alam

Siapa Kami?

Iblis sudah wujud sebelum Allah menjadikan Nabi Adam. Pada masa itu, iblis adalah makhluk yang taat kepada Allah. Iblis digelar azazil. Azazil mempunyai wajah yang indah dan bercahaya.
   Sesudah Allah menjadikan Adam, Allah menyuruh Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaannya yang mulia. Tetapi Azazil enggan sujud. Azazil merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana ia dijadikan daripada api sedangkan Adam dijadikan daripada tanah. Lantaran kesombongannya itu, Allah marah kepadanya. Allah menghalaunya keluar dari syurga dan mengubah wajahnya kepada rupa hodoh lagi menakutkan. Azazil kemudian digelar iblis, yang membawa maksud suka memberontak atau derhaka.
   Iblis kemudian meminta supaya Allah memanjangkan umurnya sehingga hari kiamat, demi menyesatkan seluruh manusia. Allah menceritakan hal ini dalam surah Sad ayat ke-79. Kata iblis, "Wahai Tuhanku. Jika demikian, berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."
Lalu Allah mengizinkannya.

Keturunan Iblis

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu :

~Tsabar
  Kerjanya menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.
~Dasim
  Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.
~Al-A'war
  Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.
~Miswath
  Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.
~Zaknabur
  Zaknabur menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lamadi sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.

Kejadian Syaitan

Syaitan boleh dianggap sebagai anak pinak ataupun tentera iblis.Syaitan terdiri dalam kalangan jin dan manusia sebagaimana yang Allah beritahu dalam surah an-Nas.
   Dalam satu hadis yang direkodkan oleh Ahmad, Nabi Muhammad berkata,
"Wahai Abu Zar, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan
syaitan manusia dan jin." Kata Abu Zar, "Aku bertanya kepadanya (Nabi
Muhammad), wujudkah syaitan manusia?" Jawab beliau, "Ya." 

Dalam surah an-Nas, Allah menggunakan perkataan al-Khannas yang merujuk kepada syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Al-Khannas dimaksudkan sebagai pengintip atau pengintai yang sentiasa mencari peluang bagi menyerang seseorang. 

Syaitan dalam Diri Manusia

Dalam diri setiap manusia ada daripada golongan jin dan syaitan. Jin ini dipanggil 'qarin' bermaksud teman. Qarin menyerupai fizikal dan perangai teman manusianya. Qarin menjadi teman sejati manusia apabila manusia berpaling daripada ajaran Allah. Allah menjelaskan hal ini dalam al-Quran, surah az-Zukhruf ayat ke-36
   Nabi Muhammad turut mempunyai qarin. Walau bagaimanapun, qarin Nabi Muhammad ditundukkan oleh Allah sehingga ia tidak memberi sebarang mudarat kepada beliau. Nabi Muhammad menerangkan hal ini kepada Aisyah, 

"Sudah datang kepadamu syaitanmu." Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah,
apakah dalam dirimu ini ada syaitan?"
Nabi Muhammad menjawab, "Ya, benar. Pada diri setiap manusia ada
syaitan penggodanya."
"Bagaimana denganmu?" tanya Aisyah.
Kata Nabi Muhammad, "Pada diriku pun ada syaitan, tetapi Allah sudah
menundukkannya sehingga syaitan itu pun menyerah."

(Hadis sahih direkodkan oleh Muslim)

Para sarjana Islam pernah membincangkan mengenai kehadiran roh-roh atau rasukan roh ke dalam tubuh orang yang hidup. Mereka memberitahu, rasukan bukanlah disebabkan oleh roh-roh orang yang sudah mati, sebaliknya dilakukan oleh qarin si mati. Qarin mampu mempelajari dengan cepat perangai seseorang termasuk nada suara, bahasa dan loghat.
   Sesuatu yang diseru dalam permainan ouija board juga bukanlah roh. Roh orang mati berada di alam barzakh dan tidak mampu melakukan apa-apa ke atas orang yang masih hidup.

Fikir-fikirkan,
Allah menyebut berulang-ulang kali kejahatan iblis dan syaitan dalam al-Quran, supaya manusia tidak terpedaya dengan tipu dayanya. Perkataan 'iblis' disebut sebanyak 11 kali, perkataan 'syaitan' sebanyak 70 kali dan 'syayatin' (banyak syaitan) sebanyak 18 kali. Manakala kisah iblis yang derhaka dan enggan sujud kepada Adam disebut pada beberapa tempat dalam al-Quran.

Sekilas,
Daripada Abu Said, Nabi Muhammad berkata yang bermaksud : "Iblis berkata : 'Wahai Tuhanku, demi kemuliaanmu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka'. Allah menjawab : 'Demi kemuliaan dan keagunganku, aku tetap memberi keampunan kepada mereka selama mereka memohon ampunan kepadaku'."

(Hadis direkodkan oleh Ahmad)