I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 13, 2011

Dia yang Pemurah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabat Sahabat ku, aku nak tanya! , sakit sangat ka kena suntik jumaat atau khamis lalu? Semua dok buh shoutout kat facebook, kata sakit la apa la -.- Naper bagi ku, tak rasa apa pe pun? Adakah sebab ku banyak lemak? oh!! :( 
Sebelum aku nak kena suntik, aku dan Mr. P baca doa, sebab dengaq kawan kawan lain kata SAKIT GILER kan.. so kami bacer la doa. Bagi aku, memang sekarang tak rase pa pe da, bagi kawan kawan aku yang lain, sampai nak pengsan la, nangis la apa la -.- tak tau la bagi Mr. P amacam lak kan. Dan time kena suntik tu, aku tutup mata, sambil ingat Allah SWT, then nurse paggil. Eh, da habis suntik ka? ataupun, belum lagi? tengok tengok dah. laaa... ==? sekarang rase kebas tu ade la sikit. tapi, ni memang perkara normal la kot. Sebab bagi aku, setiap minggu tangan, kaki aku nanti kebas (sukan punye pasal)

Oho, tak nak cerita panjang panjang. Ok, hari ni aku nak cerita pasal sifat pemurah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW pernah kata, " KUNCI SYURGA IALAH MENCINTAI ORANG ORANG MISKIN"
Inilah satu-satunya pengajaran Islam yang mulia iaitu menganjur umatnya agar bersikap PEMURAH! dan DERMAWAN!!
Pada suatu hari yang indah lagi tenang, setelah Rasulullah selesai sembahyang berjemaah kat masjid, baginda kelihatan tergesa-gesa pulang ke rumah. Bila dah sampai rumah, lalu Rasulullah pun suruh pembantunya panggil orang orang fakir miskin dan pada malam itu juga baginda bahagi wangnya kepada mereka sehingga TIDAK SATU DIRHAM PUN YANG TINGGAL! Masyallah!

Pada suatu hari yang indah lagi tenang, baginda telah pergi pasar untuk beli kain sarung sambil bawa wang lapan dirham. On the way tu, baginda bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis. Baginda tanya, ternyata budak itu tidak berani balik rumah, sebab takut dimarahi oleh majikannya. Rasulullah bagi dia dua dirham hingga terlepaslah ia dari keadaan yang menyebabkan ia menangis.
Dah sampai pasar, baginda membeli sehelai kain sarung dengan harga empat dirham. Tinggallah dua dirham. On the way nak pulang ke rumah, baginda bertemu dengan seorang lelaki tua yang koyak koyak kain sarungnya, hingga nampak aurat dia. Tanpa fikir keperluannya sendiri, baginda bagi kaing sarung yang baru dibeli itu kepada lelaki tua itu! Wah!
Kemudian baginda kembali ke pasar dengan wang dirhamnya yang tinggal. Baginda membeli kain sarung untuk dirinya yang tentu saja mutunya lebih rendah daripada kain sarung tadi.

Pada suatu ketika yang lain, seorang wanita telah menghadiahkan Rasulullah sehelai kain yang baginda nak sangat sangat. Sesaat terima hadiah tu, datang seorang lelaki yang baru saja mendapat musibah, iaitu salah seorang dari keluarganya telah meninggal dunia. Untuk menguruskan pekebumian jenazah tu belum ada kain kapan. Waktu tu jugak Rasulullah bagi kain hadiah yang baru diterima itu untuk dijadikan kain kapan! Subhanallah!!