I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 12, 2011

Hukum Bakhil

Bismillahirrahmanirrahim.

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam Islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik. Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimilikinya untuk diberikan kepada orang lain. Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada di tangan orang lain.


   Firman Allah SWT :


   "Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka. Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran : 180)


   Firman Allah SWT :


   "Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada bakhil, maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr :9)

Wallahu 'alam :)

Hukum Mungkir Janji

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain. Oleh itu, dalam Islam menunaikan janji adalah wajib.
   Firman Allah SWT :

   "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janjimu"
   Firman Allah SWT :

   "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
   Seseorang yang mungkir janji yang dibuat sama ada dengan sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Wallahu 'alam :)

Hukum Dusta

Bismillahirrahmanirrahim.

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya. Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam Islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya, bahkan dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh manusia.
   Firman Allah SWT :

   "Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(An-Nahl : 105)

   Rasulullah SAW bersabda :
   "Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya."
(HR. Abu Ya'la)
   Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda :

   "Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR. Muttafaq 'Alaih)

   Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah dan tidak akan memperoleh petunjuk dari-Nya.
Wallahu 'alam :)

Hukum Hasad Dengki

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak di bendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan tersebut agar dapat memilikinya. Dengan demikian sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.
   Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik.

   Firman Allah SWT :

   "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa' : 54)

   Rasulullah SAW bersabda :

   "Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy'ari)
   Dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.

Wallahu 'alam :)

Hukum Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafik yang amat dibencikan Allah SWT.
   Firman Allah SWT :

   "Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada Allah SWT, sedangkan Dia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah SWT. Allah SWT meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan."
(An-Nisa' : 108)

Wallahu 'alam

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam Islam, solat Jumaat adalah wajib, maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafik.
   Rasulullah SAW bersabda :

   "Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar."
(HR. Abu Daud dan Nasa'i)

   Rasulullah SAW bersabda lagi :
   "Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah Jumaat atau sungguh Allah akan mematri hati mereka, kemudian mereka menjadi (munafik) yang lalai."
(HR. Muslim)

Wallahu 'alam :)

Hukum Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Bismillahirrahmanirrahim.

Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari'i, tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka dia tergolong orang munafik.
   Sabda Rasulullah SAW :

   "Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah, kecuali orang munafik yang sudah diketahui kemunafikannya."
(HR. Muslim)
Wallahu 'alam :)

Hukum Mempercepatkan Mengerjakan Solat

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah SWT. Itulah solat orang-orang munafik.
   Rasulullah SAW bersabda :

"Itulah solat orang munafik, lalu mempercepatkan empat rakaat."
(HR. Muslim)

Sabda Rasulullah SAW : 

   "Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya. Lalu aku bertanya : 'Bagaimana caranya mencuri solat itu?' Baginda bersabda : 'Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya.'"
(HR. Ahmad dan Hakim)

Wallahu 'alam :)

Hukum Melalaikan Solat Fardu

Bismillahirrahmanirrahim.

Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya. Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah di akhirat kelak.
   Firman Allah SWT :

"Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, sebab itu mereka menemui kejahatan (seksa) Allah."
(Maryam : 59)

   Firman Allah SWT :

"Maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang solat, mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi  zakat."
(Al Ma'un : 47)

   Firman Allah SWT :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (solat). Barangsiapa berbuat demikian itu, maka orang yang rugi."
(Al-Munafiqun : 9)

   Sa'ad bin Abi Waqqas mengatakan :

"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya, maka baginda bersabda, 'Maksudnya orang yang melambatkannya.'''

(HR. Tirmidzi)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :

   "Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya, maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya, dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubaiy bin Khalaf."
(HR. Ahmad dan Tabrani)

Wallahu 'alam :)

Hukum Lupa Kepada Allah SWT

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang munafik memiliki sifat kemunafikan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah baik ketika senang atau susah.
   Firman Allah SWT :

"Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi."
(Al-Mujadalah : 19)

Friday, February 11, 2011

Hukum Malas Beribadah Kepada Allah SWT

   Bismillahirrahmanirrahim.

   Konsep malas beribadah mencukupi apabila seseorang  malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengtahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan. Pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan

   Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, sedang Allah menipu mereka (membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah, melainkan hanya sedikit."

Orang munafik jika datang ke masjid, dia akan memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

Wallahu 'alam :)

Tuesday, February 8, 2011

Mengapa Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Aisyah

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat jawapan yang tepat untuk 'homework' saya, mencari sebab mengapa Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin dengan Siti Aisyah. Thanks to abah :)
So mestilah nak kongsi dengan semua orang kan. So, ni jawapannya,

Nabi diperintahkan untuk berkahwin dengan Siti Aisyah ada hikmahnya yang tersendiri antaranya supaya dapat dijadikan panduan untuk umat zaman sekarang yang hendak memilih calon isteri, yang terdiri dikalangan gadis, syarat macam mana gadis dikatakan layak untuk berkahwin, apa sifatnya, dan dari perkahwinan Rasullulah dengan Aisyah r.a, sahajalah yang mana satu-satunya isteri Nabi yang merupakan seorang gadis manakala kebanyakkan isteri Rasulullah yang sebelumnya terdiri daripada janda dan telah diseru atas dasar wahyu.

Antara hikmah lain perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.