I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 2, 2011

Takutnya Nabi Yahya Kepada Neraka

   Apabila Nabi Yahya a.s mendengar syarahan ayahnya tentang seksaan itu, maka beliau pun dengan cepat bangun berlari keluar sambil menangis dengan berkata : "Aduh Sakraana, aduh Ghadhbaan." Sebaik sahaja Nabi Zakaria melihat anaknya lari keluar maka baginda melompat mengejar Nabi Yahya a.s diikuti oleh isteri Nabi Zakaria.

   Setelah Nabi Zakaria dan isterinya gagal mencari Nabi Yahya a.s maka Nabi Zakaria a.s pun bertanya kepada pengembala kambing yang berada di dekatnya : "Adakah kamu nampak seorang anak muda yang rupanya begini dan begini?"

   Berkata pengembala kambing itu : "Mungkin kamu berdua ini mencari Yahya?"

   Berkata Nabi Zakaria : "Ya, memang benar kami mencari Yahya."

   Berkata pengembala kambing lagi : "Sebenarnya Yahya ada dekat gunung itu, tetapi saya dengar Yahya sedang berkata dia tidak akan makan dan minum sehingga dia ditunjukkan tempat tinggalnya di syurga atau neraka."

   Maka pergilah Nabi Zakaria bersama isteri ke atas gunung yang ditunjukkan dan dilihatnya Nabi Yahya a.s sedang berdoa.

   Lalu ibu Nabi Yahya a.s berkata : 'Wahai anakku, demi sesuatu yang perutku mengandungmu sekian bulan dan demi sesuatu yang buah dadaku menyusuimu sekian lama marilah kita pulang ke rumah bersama.'

   Akhirnya Nabi Yahya a.s pun turut kata ibunya. Sampai di rumah, ibunya pun menyediakan makanan. Setelah Nabi Yahya makan maka dia pun tertidur. Dalam tidurnya telah dipanggil : "Wahai Yahya, sesungguhnya kamu telah mendapat tempat yang lebih baik dari tempat tinggal saya dan menemukan para tetangga yang lebih baik dari tetangga saya."

   Apabila Nabi Yahya bertambah rajin melakukan ibadah kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t menurunkan wahyu yang bermaksud : "Wahai Zakaria, sesungguhnya aku telah mengharamkan neraka Jahanam ke atas kamu semua."

   Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya mereka itu bersegera dalam kebaikan serta memohon kepada Kami dengan gembira dan dengan takut; dan adalah mereka itu khusyuk tunduk kepada Kami."


Wallahu 'alam ;)

No comments:

Post a Comment