Nabi Zakaria a.s ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada Allah s.w.t., baginda akan memandang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria memdapati anaknya, Nabi Yahya a.s, tidak ada maka baginda akan membaca ayat-ayat yang menunjukkan seksa Allah s.w.t. Dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu maka baginda tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksa Allah s.w.t.
Pada suatu hari seperti biasa Nabi Zakaria melihat orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, baginda melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan bahawa anaknya, Nabi Yahya, tidak ada. Nabi Yahya tanpa pengetahuan bapanya telah memakai jubah dan menundukkan kepala sehingga tidak dapat dikenali oleh Nabi Zakaria.
Setelah Nabi Zakaria mendapati anaknya tidak ada maka baginda pun memulakan syarahannya dengan memulakan ayat-ayat tentang seksa Allah s.w.t
A.Gunung di Dasar Neraka
Berkata Nabi Zakaria a.s sambil menangis : "Sesungguhnya Jibril a.s, telah mengatakan kepadaku bahawa di dalam neraka jahanam terdapat sebuah gunung yang disebut 'Sakraana' yang asalnya dari satu jurang yang bernama 'Ghadhban' yang mana ianya dicipta dengan kemurkaan Allah Yang Maha Rahman. Di jurang itu terdapat beberapa perigi dari api dan dalam setiap perigi itu sejauh 200 tahun perjalanan. Di dalam perigi itu juga terdapat beberapa peti dari api dan di dalam peti-peti itu terdapat rantai dan belenggu yang banyak."
No comments:
Post a Comment