I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 24, 2011

Menangis Bukan Kerana Rugi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah SWT yang Maha Besar.
Ada satu cerita yang aku nak kongsi ni. Harap cerita ni dapat menjadi teladan buat semua. :D

Pada zaman dahulu ada seorang ulama' Islam yang terkenal namanya Ali bin Fadhil. Beliau terkenal sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat sifat pekertinya yang mulia tu, maka beliau amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.
Pada suatu hari, ulama' besar ini telah pergi ke mekah untuk menunaikan Haji. Sedang melakukan tawaf di Kaabah, di tengah tengah lautan manusia, seorang pencuri telah berjaya mencuri kantung Ali bin Fadhil. Habis semua wangnya dicuri oleh pencuri yang tidak diketahuinya itu. Setelah ia sedar wangnya itu dicuri, dengan tenang ia menyelesaikan tawafnya. Sedikitpun hatinya tidak bergoncang akibat musibah yang menimpa dirinya dirinya itu. Ayahnya telah memperhatikan peristiwa itu dengan penuh kehairanan.

Tetapi setelah selesai saja mengerjakan tawaf, maka Ali bin Fadhil pun tiba-tiba menangis. Melihat  keadaannya itu maka ayahnya pun bertanya :
"Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang hilang itu?"

"Oh tidak ayah! Apalah hendak ditangiskan kalau memang takdir!" ujarnya lalu menyambung :
"Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib orang yang telah mencuri wang saya itu. Sebab dia tidak akan berupaya hendak membela perbuatannya itu di hadapan Allah SWT di Hari Akhirat kelak!"

Macam tu lah perihal orang orang beriman. Orang yang beriman sentiasa memandang kecil pada kerugian harta benda dunia yang tidak kekal itu, sedang orang yang kurang imannya akan menganggap itulah kerugian yang besar. Sekian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Haram or Makruh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi yang Maha Sabar & Maha Pengampun

Korang tau tak pa hukum rokok? Adoi, baru tadi ja aku dapat tau yang rokok ni haram. Selama ni aku ingat rokok ni makruh. Rupa rupanya haram.. --' 
Rokok ni haram sebab, ia akan memberi kesan yang amat buruk terhadap kesihatan kita. Kita boleh dapat kanser paru paru, kanser mulut, lidah, tekak pa semua kan.. Bagi orang rokok, dan tau yang rokok ni membahayakan kesihatan diorang, tetapi masih mengambil keputusan untuk meneruskan tabiat merokoknya, adalah haram hukumnya.

Rokok juga haram, kerana melambatkan haji. Mereka yang merokok, banyak membazirkan duitnya semata mata untuk beli kotak rokok. Baik kita simpan duit tu semua, and pergi umrah atau haji :) 
Sekian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saturday, April 23, 2011

Allah SWT Telah Menolongmu. Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala pujian bagiNya yang Maha Esa

Ni ada satu kisah benar la, 
yang terjadi kat kakak aku punya ustaz punya adik.
Adik ustaz ni, dia ada banyak jawatan time dia Form 5 dulu
Ketua pengawas la, ketua kelab persatuan pa semua kan
So dia tak der time nak study untuk SPM dia
Time tu ada, tapi u know la kan,
kadang kadang miss class pa semua
balik rumah pun penat
TAPI! , dia SENTIASA baca Quran
SETIAP MALAM
walau penat mana pun, walau sakit mana pun,
walau tak sempat study pun,
dia tetap baca Quran
Then, SPM da pun tiba
Dia pun panik la, tak sempat baca semua benda kan
One day before SPM tu, dia mimpi sebijik sebijik 
soalan dan jawapan kertas SPM yang dia 
bakal ambik pada keesokkan harinya
Last sekali, 9 straight A's dia dapat
Subhanallah, menangis aku dengar cerita ni

So, pandai pandai la korang yer :)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kem Ibadat

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah SWT.
Okay, sambung balik nota aku ni. Yang post sebelum ni tu, ialah kem pada hari jumaat. Nota yang aku bakal kongsi ni, ialah kem hari ni (tadi pagi) dan some nota hari jumaat gak. Tadi tak sempat nak bagi :D

Maksud Lagha :-

1) Perkara yang sia sia
2) Perkara tidak ada faedah
3) Perkara yang dilarang Islam

Contoh :-

a) Bergossip & bergayut di telefon

Kesan buruk :- Boleh bawa lupa pada sholat

Perkara Lagha :-

- Ilmu yang tidak diamalkan
- Amalan yang tidak ikhlas
- Hati yang lalai dan leka
- Cinta yang tidak diikat dengan redha Allah
- Membazir waktu
- Membazir duit
- Angan-angan kosong
- Buat kerja bodoh
- Buat buat bodoh
- Bimbang / takut tidak bertempat

Kesan buruk Lagha :- 

- Allah SWT murka
- Tidak dapat pahala
- Hati tertutup sedikit demi sedikit
- Tidak mahu menerima kebenaran
- Menghalalkan yang haram & mengharamkan yang halal
- Jiwa tidak tenteram

Apa yang patut kita buat? :- 

- Bersihkan diri dari sifat buruk
- Sholat, baca quran, zikir, buat kebajikan
- Timbulkan rasa takut kerana Allah SWT 
- Banyak mengharap dan berkomunikasi dengan Allah SWT
- Komited / Istiqamah mentaati perintah Allah SWT & meninggalkan laranganNya

D - Doa
U- Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

Allah SWT cipta nafsu dan iman. Allah SWT tanya diorang, "Siapa aku, dan siapa engkau?". Iman menjawab, "Aku adalah hambamu yang lemah, dan engkaulah Tuhanku yang Maha Kuasa". Nafsu jawab, "Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau". Maka Allah SWT campak iman ke dalam syurga dan nafsu ke dalam neraka selama 100 tahun. Lepas 100 tahun tu, 'mereka' ditanya lagi, dan jawapan masih sama. Maka dicampakkan lagi selama 100 tahun. Lepas 100 tahun, ditanya lagi. Tapi, masih jawapan yang sama, masyallah. Maka dicampakkan lagi selama 100 tahun. Lepas 100 tahun tu, mereka ditanya lagi. Dan kali keempat ni la, baru nafsu sedar yang nafsu ni hamba Allah SWT yang lemah, dan Allah SWT adalah Tuhannya yang Maha Kuasa lagi Maha Besar.

Perbezaan Sholat Antara Lelaki dan Perempuan.

1) Cara sujud : Lelaki membuka tangan dan perempuan pula merapatkan tangan ke rusuk dan dirapatkan perut dengan pehanya.

2) Bacaan kuat pada sholat sholat tertentu : Subuh, Maghrib, dan Isya'. Lelaki disunatkan menguatkan bacaan manakala perempuan pula sebaliknya.

3) Menengur kesilapan Imam : Lelaki menengurnya dengan bacaan "Subhanallah". Manakala perempuan menengurnya dengan menepuk tangan.

4) Aurat dalam sembahyang : Di mana aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Manakala perempuan pula adalah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
5) Tempat sholat : Perempuan digalakkan solat di rumah. Namun tiada tegahan bagi perempuan untuk menunaikan sholat di masjid. Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud, "Janganlah kalian melarang perempuan yang hendak mendatangi masjid (meskipun sholat mereka) di rumah rumah mereka lebih baik bagi mereka." ~ HR Ahmad dan Abu Daud

Sampai sini ja nota aku, harap dapat memberi manfaat to all of you. Sekian~ 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Kem Ibadat

Bismillahirrahmanirrahim.
 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Indahnya Islam, Indahnya Iman, Allahu Akbar!"
Tulah benda first yang kami (budak budak form 3, 4, 5) belajaq time masuk dewan mini sekolah. Ustazah suruh kami greet orang time orang tu bagi salam. So okay la kan, time ustaz mai untuk bagi ceramah tu, dia bagi salam, kami semua jawab macam tu, ustaz pun terkejut sambil mengangkat keningnya, dan berkata 'Hebat kamu semua'. Mungkin orang yang tengah baca ni, pun pelik, kenape ustazah suruh jawab macam tu. Never mind, never mind. I tengah buat research la ni :D harap bersabar

Okay, aku ada some notes from my kem ibadat jumaat yang lalu, and nak kongsi dengan korang semua.

Mula mula ustaz kata, "Kalau manusia ikut perintah Allah SWT, ikut ajaran Nabi SAW, dengar cakap mak,ayah, Insyallah! , manusia boleh jadi lebih baik dari malaikat."

Aku pun macam, terkejut. Dalam hati : "Biar betul ni???". Sebab dalam buku buku agama yang aku baca, malaikat memang taat yang teramat sangat kat Allah SWT, malaikat hormat nabi nabi Allah SWT. Tapi memang rasa terkejut, yang manusia boleh jadi lebih baik dari malaikat. Kita just kena usaha bersungguh sungguh, sentiasa sholat, banyakkan sholat sunat, puasa, amalkan perbuatan Nabi SAW, dengar cakap mak ayah, bayar zakat, pergi haji kalau mampu, memberi sedekah, jauhkan perkara negatif, maksiat, zina, Insyallah! , dapatlah hidayah Allah SWT, murah rezeki, kebahagiaan dalam hidup, dan syurgalah tempat kita di Akhirat nanti. Insyallah :)
Nota kedua,- Benda pertama yang dihisab pada Hari Kiamat nanti, ialah Sholat. Jika baik dan sempurna sholatnya, maka baik dan sempurnalah amalannya. Jika buruk, maka buruklah amalannya.

Benda Fardhu, contohnya macam Sholat, kalau kita tinggal sholat, dosa kita lagi besar dari haram. Bayangkan, minum arak haram hukumnya. Berzina, haram hukumnya. Warnakan rambut, haram hukumnya. Cukur bulu kening, haram hukumnya. Tapi, kita meninggalkan sholat, dosa kita lagi besar dari haram. Dosa kita lagi besar dari minum arak, zina, warnakan rambut, cukur kening. Betapa pentingnya sholat! Beza orang Islam dengan orang kafir, is that orang Islam sholat, and orang kafir tak sholat. So, pandai pandai la pikir

Nota keempat, - Time Hari Kiamat, perkara pertama Allah SWT tengok ialah sholat kita. Kalau sholat kita teruk, Allah SWT tengok sholat sunat kita. Macam sholat sunat hajat, witir, dhuha, dll. Kalau sholat sunat pun teruk, Allah SWT tengok amalan amalan kita yang lain.
Setakat ni ja nota untuk kem hari jumaat. Nanti aku akan sambung lagi nota. Assalamualaikum :)

Sunday, April 3, 2011

Wasiat Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.

"Aku berwasiat untuk tujuh perkara : "Mencintai orang miskin, mengasihani orang yang di bawah, menyambung silaturrahim, memperbanyakkan mengucap La hawlawala quwwata illa billah, katakan kebenaran walaupun pahit, tidak takut celaan, tidak meminta kepada manusia." (Hadis riwayat Ahmad)

1. Mencintai Orang Miskin

Islam menganjurkan umatnya agar berlaku tawaduk (merendah hati) terhadap orang miskin, menolong dan membantu mereka.

Cintai dan kasihanilah orang miskin. Orang yang mencintai fuqara' dan masakin dari kaum Muslimin, yang mendirikan solat, dan taat kepada Allah S.W.T, maka mereka akan dibela Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

2. Melihat / Mengasihani Orang yang Lebih Rendah Kedudukannya
Tujuannya : Agar kita selalu bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Selalu qona'ah (berasa cukup dengan apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita), tidak irihati, dengki dengan kenikmatan orang lain.

"Lihatlah kepada orang yang berada di bawah dan janganlah melihat orang yang ada di atas, kerana hal demikian lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu."

3. Menyambungkan Silaturrahim kepada Kaum Kerabat

Dengan menghubungkan silaturrahim, Allah S.W.T memberi banyak manfaat. Dengan silaturrahim, Allah S.W.T memberi kelapangan rezeki dan umur yang panjang. Sebaliknya bagi yang memutuskan silaturrahim, Allah S.W.T menyempitkan hartanya dan tidak memberi berkat pada umurnya, bahkan Allah S.W.T menjauhkannya dari syurga.

4. Memperbanyakkan Ucapan "La haula walaa quwwata illa billah"


Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk memperbanyakkan ucapan 'La haula walaa quwwata illa billah' agar kita terlepas diri dari berasa tidak cukup. Kita serahkan semuanya kepada Allah S.W.T. 


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : "Ya Abdullah bin Qois, mahukah aku tunjuk kepadamu atas perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? iaitu : 'La haula walaa quwwata illa billah.' (Hadis riwayat Muttafaqun 'Alaih)


5. Berani Mengatakan Kebenaran Meskipun Pahit


Sesungguhnya jihad yang paling utama ialah mengatakan kalimah kebenaran (haq) kepada penguasa yang zalim. Bukan dengan cara provokasi, membuka aib mereka di mimbar-mimbar.


6. Tidak Takut dengan Celaan


Betapa berat risiko berdakwah yang Rasulullah S.A.W dan sahabat terpaksa lalui. Mereka harus menderita kerana mendapat celaan, ejekan, fitnah dan boikot.

"(Iaitu) orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak berasa takut dengan sesiapa selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (al-Ahzab : 39)

7. Tidak Suka Meminta-minta Sesuatu Kepada Orang Lain

Orang yang dicintai Allah S.W.T, rasul dan manusia, adalah mereka yang tidak meminta-minta. Seorang Muslim harus berusaha makan dari hasil jerih payah tangannya sendiri.


"Sungguh, seseorang dari kamu mengambil tali, lalu membawa seikat kayu balak di punggungnya, kemudian dia menjualnya, sehingga dengannya Allah menjaga kehormatannya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada manusia. Mereka sama ada memberi atau tidak memberi." (Hadis riwayat Bukhari)

Saturday, April 2, 2011

Ya Allah, Ya Tuhanku

"In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. Peace and Blessings of Allah be upon His Messenger - Muhammad S.A.W, his progenies, companions, and all those who follow their footsteps up to the day of judgement."


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Paling Keamanan dan Berkah dari Allah atas Rasul-Nya - Muhammad S.A.W, progeni, sahabat, dan semua orang yang mengikuti jejak mereka sampai hari penghakiman."