Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah SWT yang Maha Besar.
Ada satu cerita yang aku nak kongsi ni. Harap cerita ni dapat menjadi teladan buat semua. :D
Pada zaman dahulu ada seorang ulama' Islam yang terkenal namanya Ali bin Fadhil. Beliau terkenal sifatnya yang warak serta tidak mempedulikan kemewahan dan kebesaran dunia. Disebabkan sifat sifat pekertinya yang mulia tu, maka beliau amat dicintai oleh umat Islam di zamannya.
Pada suatu hari, ulama' besar ini telah pergi ke mekah untuk menunaikan Haji. Sedang melakukan tawaf di Kaabah, di tengah tengah lautan manusia, seorang pencuri telah berjaya mencuri kantung Ali bin Fadhil. Habis semua wangnya dicuri oleh pencuri yang tidak diketahuinya itu. Setelah ia sedar wangnya itu dicuri, dengan tenang ia menyelesaikan tawafnya. Sedikitpun hatinya tidak bergoncang akibat musibah yang menimpa dirinya dirinya itu. Ayahnya telah memperhatikan peristiwa itu dengan penuh kehairanan.
Tetapi setelah selesai saja mengerjakan tawaf, maka Ali bin Fadhil pun tiba-tiba menangis. Melihat keadaannya itu maka ayahnya pun bertanya :
"Hai anakku, adakah engkau menangis kerana wang yang hilang itu?"
"Oh tidak ayah! Apalah hendak ditangiskan kalau memang takdir!" ujarnya lalu menyambung :
"Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib orang yang telah mencuri wang saya itu. Sebab dia tidak akan berupaya hendak membela perbuatannya itu di hadapan Allah SWT di Hari Akhirat kelak!"
Macam tu lah perihal orang orang beriman. Orang yang beriman sentiasa memandang kecil pada kerugian harta benda dunia yang tidak kekal itu, sedang orang yang kurang imannya akan menganggap itulah kerugian yang besar. Sekian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment