Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
"Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Indahnya Islam, Indahnya Iman, Allahu Akbar!"
Tulah benda first yang kami (budak budak form 3, 4, 5) belajaq time masuk dewan mini sekolah. Ustazah suruh kami greet orang time orang tu bagi salam. So okay la kan, time ustaz mai untuk bagi ceramah tu, dia bagi salam, kami semua jawab macam tu, ustaz pun terkejut sambil mengangkat keningnya, dan berkata 'Hebat kamu semua'. Mungkin orang yang tengah baca ni, pun pelik, kenape ustazah suruh jawab macam tu. Never mind, never mind. I tengah buat research la ni :D harap bersabar
Okay, aku ada some notes from my kem ibadat jumaat yang lalu, and nak kongsi dengan korang semua.
Mula mula ustaz kata, "Kalau manusia ikut perintah Allah SWT, ikut ajaran Nabi SAW, dengar cakap mak,ayah, Insyallah! , manusia boleh jadi lebih baik dari malaikat."
Aku pun macam, terkejut. Dalam hati : "Biar betul ni???". Sebab dalam buku buku agama yang aku baca, malaikat memang taat yang teramat sangat kat Allah SWT, malaikat hormat nabi nabi Allah SWT. Tapi memang rasa terkejut, yang manusia boleh jadi lebih baik dari malaikat. Kita just kena usaha bersungguh sungguh, sentiasa sholat, banyakkan sholat sunat, puasa, amalkan perbuatan Nabi SAW, dengar cakap mak ayah, bayar zakat, pergi haji kalau mampu, memberi sedekah, jauhkan perkara negatif, maksiat, zina, Insyallah! , dapatlah hidayah Allah SWT, murah rezeki, kebahagiaan dalam hidup, dan syurgalah tempat kita di Akhirat nanti. Insyallah :)
Nota kedua,- Benda pertama yang dihisab pada Hari Kiamat nanti, ialah Sholat. Jika baik dan sempurna sholatnya, maka baik dan sempurnalah amalannya. Jika buruk, maka buruklah amalannya.
Benda Fardhu, contohnya macam Sholat, kalau kita tinggal sholat, dosa kita lagi besar dari haram. Bayangkan, minum arak haram hukumnya. Berzina, haram hukumnya. Warnakan rambut, haram hukumnya. Cukur bulu kening, haram hukumnya. Tapi, kita meninggalkan sholat, dosa kita lagi besar dari haram. Dosa kita lagi besar dari minum arak, zina, warnakan rambut, cukur kening. Betapa pentingnya sholat! Beza orang Islam dengan orang kafir, is that orang Islam sholat, and orang kafir tak sholat. So, pandai pandai la pikir
Nota keempat, - Time Hari Kiamat, perkara pertama Allah SWT tengok ialah sholat kita. Kalau sholat kita teruk, Allah SWT tengok sholat sunat kita. Macam sholat sunat hajat, witir, dhuha, dll. Kalau sholat sunat pun teruk, Allah SWT tengok amalan amalan kita yang lain.
Setakat ni ja nota untuk kem hari jumaat. Nanti aku akan sambung lagi nota. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment