I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 23, 2011

Kem Ibadat

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah SWT.
Okay, sambung balik nota aku ni. Yang post sebelum ni tu, ialah kem pada hari jumaat. Nota yang aku bakal kongsi ni, ialah kem hari ni (tadi pagi) dan some nota hari jumaat gak. Tadi tak sempat nak bagi :D

Maksud Lagha :-

1) Perkara yang sia sia
2) Perkara tidak ada faedah
3) Perkara yang dilarang Islam

Contoh :-

a) Bergossip & bergayut di telefon

Kesan buruk :- Boleh bawa lupa pada sholat

Perkara Lagha :-

- Ilmu yang tidak diamalkan
- Amalan yang tidak ikhlas
- Hati yang lalai dan leka
- Cinta yang tidak diikat dengan redha Allah
- Membazir waktu
- Membazir duit
- Angan-angan kosong
- Buat kerja bodoh
- Buat buat bodoh
- Bimbang / takut tidak bertempat

Kesan buruk Lagha :- 

- Allah SWT murka
- Tidak dapat pahala
- Hati tertutup sedikit demi sedikit
- Tidak mahu menerima kebenaran
- Menghalalkan yang haram & mengharamkan yang halal
- Jiwa tidak tenteram

Apa yang patut kita buat? :- 

- Bersihkan diri dari sifat buruk
- Sholat, baca quran, zikir, buat kebajikan
- Timbulkan rasa takut kerana Allah SWT 
- Banyak mengharap dan berkomunikasi dengan Allah SWT
- Komited / Istiqamah mentaati perintah Allah SWT & meninggalkan laranganNya

D - Doa
U- Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakal

Allah SWT cipta nafsu dan iman. Allah SWT tanya diorang, "Siapa aku, dan siapa engkau?". Iman menjawab, "Aku adalah hambamu yang lemah, dan engkaulah Tuhanku yang Maha Kuasa". Nafsu jawab, "Aku adalah aku, dan engkau adalah engkau". Maka Allah SWT campak iman ke dalam syurga dan nafsu ke dalam neraka selama 100 tahun. Lepas 100 tahun tu, 'mereka' ditanya lagi, dan jawapan masih sama. Maka dicampakkan lagi selama 100 tahun. Lepas 100 tahun, ditanya lagi. Tapi, masih jawapan yang sama, masyallah. Maka dicampakkan lagi selama 100 tahun. Lepas 100 tahun tu, mereka ditanya lagi. Dan kali keempat ni la, baru nafsu sedar yang nafsu ni hamba Allah SWT yang lemah, dan Allah SWT adalah Tuhannya yang Maha Kuasa lagi Maha Besar.

Perbezaan Sholat Antara Lelaki dan Perempuan.

1) Cara sujud : Lelaki membuka tangan dan perempuan pula merapatkan tangan ke rusuk dan dirapatkan perut dengan pehanya.

2) Bacaan kuat pada sholat sholat tertentu : Subuh, Maghrib, dan Isya'. Lelaki disunatkan menguatkan bacaan manakala perempuan pula sebaliknya.

3) Menengur kesilapan Imam : Lelaki menengurnya dengan bacaan "Subhanallah". Manakala perempuan menengurnya dengan menepuk tangan.

4) Aurat dalam sembahyang : Di mana aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Manakala perempuan pula adalah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
5) Tempat sholat : Perempuan digalakkan solat di rumah. Namun tiada tegahan bagi perempuan untuk menunaikan sholat di masjid. Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud, "Janganlah kalian melarang perempuan yang hendak mendatangi masjid (meskipun sholat mereka) di rumah rumah mereka lebih baik bagi mereka." ~ HR Ahmad dan Abu Daud

Sampai sini ja nota aku, harap dapat memberi manfaat to all of you. Sekian~ 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

1 comment:

  1. Bagus! entry yg sangat bermanfaat shbt. sharing is caring.. ^^

    ReplyDelete