I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 26, 2011

Fitnah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua :)
" Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya (tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah " (HR Tirmidzi)

Bila ada suatu perbuatan yang dianggap ringan, tapi hebat sungguh akibatnya. Dengan ucapan, boleh menentukan sama ada kita masuk neraka ataupun syurga.
Menurut Rasulullah SAW, orang yang paling banyak masuk neraka, adalah kerana sesuatu yang keluar dari mulutnya (ucapan). 
Kita tidak boleh sesuka hati menuduh orang tanpa mempunyai 4 orang saksi :)
Bagi saya la, buat ape la kita nak fitnah-fitnah orang? Apa yang kita akan dapat? Pahala? Rezeki? Hidayah? :) Kita nanti dapat negara yang tak pernah nak aman, perang sini, perang sana, bunuh-membunuh, menjatuhkan maruah diri dan keluarga, DOSA BESAR, mati seksa, masuk neraka. Nak? Kadang-kadang saya dengar gak orang kata, 'Suka ati la! Kubur masing-masing kan?!', atau 'Dosa aku, suka ati aku la! Ko sebok apasal?'. Ayat-ayat macam ni memang selalu dengar la kat mane-mane. Betoi tak?
   Ada sebab saya tulis post ni. Kalau orang yang suka tuduh orang sesuka ati dia tu tengah baca ni, ingat.. Allah Maha Kuasa & Maha Bijaksana. :)

Tuesday, February 22, 2011

Tutup Mata Ketika Solat

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Assalamualaikum semua :) Tadi lepas kelas agama, saya dengan kawan-kawan saya cakap-cakap dengan ustazah. Banyak benda la kami cakap, and salah satunya is about hukum tutup mata ketika solat. 'Ustazah, tutup mata time solat, makhruh eh?'. Ustazah saya angguk ja. 'Kenape lak?'. 'Sebab, bila kita tutup mata, syaitan boleh buat kita untuk bayangkan benda-benda lain. So tak elok la kalau kita solat sambil tutup mata, ataupun solat kat tempat gelap or tak bukak lampu'. So, tutup mata ketika solat = syaitan buat kita bayang benda tak elok = tak khusyuk dalam solat = solat tak bernilai apa-apa 
Wallahu 'alam :D

Ibu, Mengapa ada Doa Tidak Ditunaikan?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua :D Semalam, time saya nak balik sekolah, jalan,jalan,jalan, nampak sorang mak cik ni dengan anak dia. Saya terdengar anak dia tanya mak dia tu, 'mak, naper kadang-kadang doa kita tak ditunaikan?'. Saya stop jap sebab nak dengar gak jawapan mak dia tu kan. Mak dia jawab, 'Sebab mungkin Allah nak kita minta (doa) yang lebih baik'. 

Mengapa ada Doa Tidak Ditunaikan?

Tidak bererti memberikan apa sahaja yang diminta.

Contoh, apabila anak berumur tiga tahun menangis hendak bermain gunting tajam, si ibu mesti tidak memberikan gunting itu kepadanya. Tetapi, apabila anaknya yang berumur 10 tahun minta dibelikan gunting bagi menyelesaikan kerja sekolah, si ibu pasti menunaikan kehendak anaknya itu. Si ibu ataupun bapa tidak memberi gunting kepada anak berumur tiga tahun kerana sayang kepadanya. :]

   Allah SWT tidak memberi semua perkara yang kita minta bukan kerana perkara yang hendak diberikan itu tidak cukup. Allah SWT kan maha kaya, maha mencipta dan serba ada. Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Pada hari Allah mencipta langit dan bumi, Allah SWT yang maha tinggi mencipta 100 perasaan belas kasihan. Setiap satu perasaan itu memenuhi lapisan antara langit dan bumi. Kemudian Allah SWT jadikan satu daripadanya sebagai perasaan belas kasihan di bumi. Dengan belas kasihan itu, ibu menyayangi anaknya dan binatang buas serta burung-burung saling menyayangi sesama mereka. Apabila berlaku Hari Kiamat, Allah SWT sempurnakan belas kasihan yang selebihnya." -Muslim

   Allah SWT tidak memberikan sesetengah perkara kerana dia maha bijaksana. Dia lebih tahu apa yang baik buat kita kerana dia yang menjadikan kita. Dia memberikan kepada kita pada masa yang paling sesuai bagi kita menerimanya. 

Tilawah : Meyakini Hari Kebangkitan. -Bukti Allah Berkuasa Membangkitkan Manusia Selepas Mati-

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua :) Well, ni notes bagi topik ni, 'bukti Allah berkuasa membangkitkan manusia selepas mati'. As you know this title kenalah belajar dalam form 3. So sedangkan ustazah saya dah bagi notes untuk tajuk ni, saya nak kongsi dengan semua :)

Angin pembawa berita gembira 
~ Membawa hujan
~ Mempunyai gas untuk hidupan

Awan & hujan pembawa rahmat
~ Proses Kejadian Awan
~ Air di bumi  tersejat
~ Wap naik ke atmosfera
~ Wap terkondensasi menjadi air
~ Titisan air ini terapung di udara
~ Berkumpul lalu membentuk awan

Proses Kejadian Hujan
~ Kerana adanya awan
~ Titisan air bergabung menjadi berat
~ Air jatuh sebagai hujan
~ Hujan diserap semula ke dalam tanah
~ Proses berulang membentuk kitaran air

Tanah yang gersang menjadi subur
~ Menukar keadaan tanah dengan hujan
~ Mudah bagi Allah SWT hidupkan semula diri kita yang sudah sedia ada

Perbandingan Orang Bersyukur & Orang tidak Bersyukur

Orang Bersyukur
~ Rajin & ikhlas beribadat
~ Berusaha meningkatkan kemajuan diri, masyarakat & negara
~ Sabar hadapi musibah
~ Reda walaupun mendapat sedikit nikmat

Orang Tidak Bersyukur
~ Malas, berpura-pura beribadat
~ Kurang berusaha ke arah kemajuan diri, masyarakat & negara
~ Tidak sabar & keluh kesah
~ Tamak walaupun mendapat banyak nikmat

Cara-cara Bersyukur

Hati
~ Reda & qanaah dengan pemberian
~ Bertambah cinta kepada Allah SWT

Lisan
~ Banyakkan zikir
~ Sampaikan dakwah & nasihat

Amalan 
~ Pelihara ibadat wajib & banyakkan ibadat sunat
~ Manfaatkan nikmat ke arah kebaikan

Pengajaran Ayat
~ Allah berkuasa menghidup & mematikan manusia
~ Kejadian angin dan hujan merupakan bukti kekuasaan mutlak Allah
~ Bersyukur dengan nikmat Allah & menggunakannya untuk faedah kehidupan
~ Budayakan sikap suka mengkaji untuk kemajuan negara 

Balasan Kepada Mereka yang Meninggalkan Solat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua ;) tadi saya pergi solat kat surau sekolah, nampak kat notice board tu ada notes pasal balasan kepada mereka yang meninggalkan solat something like that. Dah lama cari pasal ni. So, nilah notes nya :D
Subuh : Sekali meninggalkannya, dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia).

Zohor : Sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.
Asar : Sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Makkah).

Maghrib : Sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Isyak : Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya.

Wallahu 'alam :)

Monday, February 21, 2011

Isteri-isteri Rasulullah SAW (3)

Bismillahirahmanirrahim.

8) Juwairiyah binti Haris

Perkahwinan Nabi SAW dengan Juwairiyah dilakukan kerana ingin menambah bilangan pengikut Islam dan bukan bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu. Dengan langkah ini, baginda berjaya mendapat lebih ramai sahabat dan mengurangkan bilangan musuh.

   Nabi SAW ketika berkahwin dengan Juwairiyah telah berusia 59 tahun dan telah mempunyai enam orang isteri dan oleh itu tidak benarlah jika dikatakan bahawa baginda bermotif memuaskan nafsu syahwatnya.

9) Ummu Habibah binti Abu Sufyan

Nama sebenar ialah Ramlah dan dia ialah anak perempuan Abu Sufyan, salah seorang yang sangat memusuhi Nabi SAW dan Islam. Beliau seorang wanita bangsawan dan telah memeluk Islam bersama suaminya Ubaidullah pada masa permulaan dakwah Rasulullah SAW dan telah berhijrah ke Habsyah. Di sana, suaminya memeluk ajaran Kristian dan tidak lama selepas itu meninggal dunia. Ummu Habibah beristiqamah dan jujur terhadap Islam. Kini beliau ditinggalkan dalam keadaan terbiar dan menghadapi tekanan yang hebat akibat sikap yang diambil oleh suaminya itu.

   Nabi SAW mendengar tentang keadaannya yang mengharukan tersebut lalu menghantar seorang utusan kepada Najasyi, raja Habsyah dengan bertujuan untuk melamar Ummu Habibah. Ummu Habibah pun menerima lamaran itu dengan hati yang senang.

10) Safiah binti Huyay

Nama sebenar ialah Zainab dan merupakan keturunan Nabi Musa a.s. Nabi SAW lah yang mengajak Safiah memeluk Islam lalu diterima olehnya. Demi untuk memelihara kedudukan serta menjaga maruahnya, Nabi SAW melamarnya sebagai isteri, lalu diterima oleh Safiah. Perkahwinan itu berlaku dalam tahun 628 SM tatkala Nabi SAW berumur kira-kira 57 tahun, dan Safiyah pula 17 tahun. Perkahwinan ini dibuat atas dasar memelihara dan melindungi seorang janda dari kalangan keluarga terhormat dengan cara yang sesuai dan untuk mempengaruhi orang-orang bukan Islam dengan baik.

11) Maimunah binti Haris

Nabi SAW menghantar peminangan kepadanya dengan tujuan untuk mengurangkan beban penderitaannya kerana suami dahulunya sudah meninggal dunia. Dia adalah seorang wanita yang telah lanjut usianya, iaitu 51 tahun.

   Perkahwinan ini menghasilkan hubungan yang baik di antara umat Islam dengan suku-suku Arab. Ia berjaya menambahkan lagi bilangan umat Islam dan penyokong-penyokong mereka.

12) Rehana binti Sham'um

Nabi SAW bermaksud hendak membebaskannya supaya dapat memenangi hati kaum Yahudi dengan melamarnya. Nabi SAW bercadang mengahwininya jika ia ingin memeluk Islam. Pada mulanya dia enggan, tetapi kemudian bersetuju dengan lamaran Nabi.

13) Mariyah Qibtiah

Dengan menerima Mariyah, bermakna Nabi SAW telah menghormati pemberian gabenor Mesir itu serta dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama yang baik di antara kerajaan Islam Madinah yang baru lahir dengan negara Kristian Mesir.

Isteri-isteri Rasulullah SAW (2)

Bismillahirrahmanirrahim.

4) Hafsah binti Umar
Hafsah ialah anak perempuan Umar bin al-Khattab, khalifah kedua selepas Abu Bakar as-Siddiq. Hafsah pertama kali telah berkahwin Khumais bin Huzaifah, yang gugur syahid dalam peperangan Badar. Beliau dan suaminya adalah orang Muslim yang ikhlas dan telah berhijrah ke Madinah bersama-sama Nabi SAW.

   Tujuan Nabi SAW mengahwini Hafsah adalah untuk merapatkan lagi tali silaturahim dengan salah seorang sahabat baginda yang sangat jujur dan setia, di samping untuk memberi perlindungan dan membantu janda salah seorang sahabat baginda yang gugur di medan perang.
   Semasa Hafsah menjadi balu, beliau baru berusia kira-kira 19 tahun. Bapanya, Umar menawarkan kepada sahabatnya Abu Bakar dan Usman agar mengahwini anaknya itu. Bagaimana pun kedua-duanya menolak kerana sesuatu sebab.

   Umar pergi berjumpa Nabi SAW lalu menceritakan peristiwa itu. Ketika itu Nabi SAW telah pun mengahwini Aisyah dan dengan demikian memberi penghormatan kepada Abu Bakar. Allah SWT bertujuan agar Hafsah juga diberi penghormatan dan diangkat darjatnya. Nabi SAW akhirnya bersetuju dengan cadangan Umar agar baginda berkahwin dengan Hafsah, anaknya. Perkahwinan itu berlaku pada tahun ke 3 Hijrah di masa baginda telah berusia lebih 54 tahun. Perkahwinan ini dipersetujui oleh semua pihak.
5) Zainab binti Khuzaimah

Zainab juga telah dua kali menjadi balu tatkala ia berkahwin dengan Nabi SAW dalam tahun 626 SM. Nabi SAW ketika itu telah berusia 57-58 tahun dan Zainab pula berusia 30 tahun.
   Beliau merupakan seorang wanita yang lembut hatinya dan suka bersedekah kepada fakir miskin. Beliau gemar menghabiskan semua wangnya untuk disedekahkan kepada golongan yang tidak mampu. Oleh yang demikian beliau telah diberi gelaran "Ummu Masakin" iaitu ibu orang-orang miskin.

6) Ummu Salamah binti Suhail
Nama sebenar ialah Hind binti Abu Umayyah Suhail. Ummu Salamah merupakan kuniyyatnya berdasarkan nama anaknya, Salamah. Beliau adalah anak seorang pemimpin kaum Quraisy yang sangat terkenal. Ibunya berasal dari suku yang ternama, iaitu Bani Firas. Beliau dibesarkan dalam kemewahan, dan dididik dalam suasana penuh tradisi mengikut Bani Firas. Beliau dan suaminya telah memeluk Islam di awal permulaan dakwah Nabi SAW, dan telah berhijrah ke Habsyah. Beliau dan suaminya telah mengalami kehidupan yang serba susah demi mempertahankan Islam ketika di Makkah di mana mereka mendapat tekanan yang hebat dari kaum kafir Quraisy. Tidak lama, suaminya meninggal dunia akibat terkena racun tikaman yang dideritainya dalam peperangan Uhud.

   Nabi SAW merasa tersentuh dengan situasi yang dihadapi oleh Ummu Salamah itu. Baginda bercadang untuk menjaga dan melindunginya bersama tiga atau empat orang anaknya, lalu melamarnya. Mengikut adat Arab, baginda boleh menawarnya perlindungan dan nafkah kepada balu ini bersama anak-anak seorang Muslim yang benar yang telah syahid di jalan Allah SWT, dengan cara mengahwininya.

   Sebelum Ummu Salamah menerima lamaran Nabi SAW, beliau telah meletakkan beberapa syarat yang harus diikuti oleh baginda. Beliau mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang sensitif, dari keluarga yang terhormat, beliau biasa dengan kemewahan dan kesenangan serta dimanjakan pula oleh suaminya yang terdahulu. Kini beliau tidak mempunyai wang, di samping sudah berumur dan mempunyai anak yang ramai pula. Beliau takut mungkin perkahwinannya dengan Nabi SAW kelak tidak bahagia.

   Namun demikian, Nabi SAW bersedia menerimanya dan tidak akan mengungkit perkara-perkara tersebut. Kemudian, perkahwinan dilangsungkan dengan Nabi mengadakan sedikit jamuan. Jadi, perkahwinan ini dilakukan kerana motif berperikemanusiaan.

7) Zainab binti Jahsy

Perkahwinan Nabi SAW dengan Zainab binti Jahsy telah memberi peluang kepada para penulis Barat untuk mencipta cerita khayalan tentangnya. Zainab ialah anak perempuan kepada Umaimah, iaitu anak Abdul Mutalib dan kakak Abdullah, iaitu bapa Nabi SAW. Oleh yang demikian, Zainab adalah sepupu Nabi SAW. Beliau dianggap seperti adiknya sendiri oleh Nabi SAW dan Nabi telah melihat pertumbuhannya sejak ia masih kecil lagi. Tidak terdapat sebarang hijab di antara mereka berdua. Jika sekiranya Zainab adalah model kecantikkan seorang perempuan seperti yang dikatakan oleh para penulis Barat yang penuh dendam kesumat terhadap Nabi SAW itu, tentulah kecantikkannya telah diketahui oleh Nabi dan jika baginda mahu, sudah tentu telah dikahwininya terlebih dahulu.

Hukum Percaya Kepada Ramalan Bintang

Bismillahirrahmanirrahim.

~ Percaya kepada ramalan bintang ataupun apa jenis ramalan adalah perbuatan syirik.
~ Ia dikategorikan sebagai syirik kecil. *Walau bagaimanapun namanya sahaja syirik kecil, tetapi perbuatan syirik ini adalah dosa besar. Allah hanya mengampunkan dosa orang melakukan syirik ini apabila dia meminta ampun bersungguh-sungguh dan berazam tidak mengulanginya.
~ Ada pelbagai jenis ramalan nasib yang dipercayai oleh manusia sejak dahulu sampai sekarang. Ada ramalan nasib berdasarkan bintang, cara menyusun barang di dalam rumah, melalui lontaran anak panah
~ Mengapa percaya kepada ramalan-ramalan ini menyebabkan kita syirik kepada Allah SWT? Ini kerana kita percaya ramalan itu yang menentukan nasib kita dan sikap kita pada masa hadapan.Kita mensyirikkan Allah kerana kita percaya ada kuasa lain yang menentukan rezeki dan masa hadapan kita selain daripada Allah.
~ Apa akan berlaku apabila 'bintang'nya mengatakan dia tidak berjaya dalam hidup. Kemudian dia percaya bulat-bulat ramalan itu. Kesannya, dia menjadi orang yang pasif dan malas berusaha.
~ Allah SWT sudah menentukan nasib kita pada masa hadapan, tetapi hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana sebenarnya nasib kita. Rahsianya, kita boleh bersikap positif selalu pada masa hadapan. Kita yakin Allah SWT memakbulkan doa kita. :]


Wallahu 'alam :]

Sunday, February 20, 2011

Ya Allah!!

 Bismillahirrahmanirrahim.

PERHATIAN!!! Fanpage FACEBOOK 'I'M PROUD TO BE A MUSLIM II' menghina Islam! Kepada sesiapa yang telah 'LIKE' fanpage ni tolong 'UNLIKE'.

Gambar-gambar yang menghina ISLAM :
























"Ya Allah ya Tuhanku, kau berilah azab yang paling pedih buat orang-orang yang mengutuk Islam ini"

Isteri-isteri Rasulullah SAW (1)

 Bismillahirrahmanirrahim.

1. Khadijah binti Khuwailid

Beliau seorang janda kaya yang menjalankan perniagaan di Makkah. Beliau melantik Nabi sebagai orang suruhnnya untuk menjalankan perniagaannya. Beliau sangat tertarik dengan kejujuran Nabi dan akhirnya beliau sendiri memberanikan diri menyatakan hasrat kepada baginda SAW untuk berkahwin dengannya.

   Nabi SAW ketika itu merupakan seorang miskin yang berada di bawah jagaan bapa saudaranya, Abu Talib, juga seorang yang miskin. Nabi SAW akhirnya bersetuju untuk mengahwini Khadijah, walaupun ketika itu Khadijah adalah lebih tua 15 tahun darinya dan telah dua kali menjadi janda. Mereka berdua hidup bahagia sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun sementara Nabi SAW pula berumur kira-kira 51 tahun.

2. Saudah binti Zam'ah

Selepas kematian Khadijah, Nabi SAW merasa sangat dukacita dan terpukul. Baginda terpaksa memelihara anak-anak dan melakukan semua urusan rumahtangga seorang diri, ditambah pula kesedihan kerana berpisah dengan isterinya yang tercinta. Khaulah binti Hakim, isteri Usman bin Ma'zun mencadangkan kepada baginda agar baginda berkahwin lagi kerana baginda sangat memerlukan seorang pembantu dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Khaulah mengusulkan Saudah, seorang janda yang telah lanjut umur atau Aisyah, anak Abu Bakar yang masih gadis supaya menjadi isteri Nabi. Nabi SAW memilih Saudah.

   Nabi SAW menimbangkan permintaan itu dengan berhati-hati sebelum menerimanya. Tugas kenabiannya kini memerlukan banyak perhatian dan masa, tetapi olah kerana baginda sibuk dengan urusan rumahtangga, baginda tidak mempunyai banyak masa untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT tersebut. Oleh kerana itu, baginda menerima janda yang telah lanjut usia, kerana wanita sedemikian memang sesuai untuk menguruskan urusan di rumah dan memberi perhatian terhadap anak-anak dengan lebih baik lagi serta memberi peluang kepada baginda untuk memerhatikan urusan kenabiannya. Kalaulah Nabi SAW seorang yang gila seks


seperti yang didakwa oleh para penulis barat (Na'uzubillah), sudah tentulah baginda akan memilih wanita yang masih muda lagi.

3. Aisyah binti Abu Bakar

Abu Bakar sangat ingin supaya Nabi SAW lebih rapat lagi dengan keluarganya dan menjadi salah seorang dari kerabatnya. Oleh itu, beliau meminta supaya Nabi SAW sudi menjadi suami kepada anak perempuannya, iaitu Aisyah.

   Ketika bernikah dengan Nabi SAW, dia baru berusia 6 atau 7 tahun. Beberapa tahun kemudian, barulah dia tinggal bersama suaminya yang mulia itu. Pada masa tersebut, sudah menjadi kebiasaan kepada bangsa Arab mengahwinkan anak-anak perempuan mereka ketika masih kecil lagi.

Saturday, February 19, 2011

Akhlak Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Saya akan sambung notes semalam :) *ada add-on sikit :D
Akhlak Rasulullah SAW

1.Penyabar, Lembut, dan Bersikap Santun

~Diriwayatkan daripada Aisyah, dia berkata, "Rasulullah tidak pernah memukul sesuatu apa pun dengan tangannya, tidak pernah memukul wanita atau pembantunya kecuali jika baginda berjihad pada jalan Allah SWT dan baginda juga tidak pernah merasa sakit hati, sehingga harus berdendam pada orang yang telah menyakitinya kecuali jika batasan Allah telah dilanggar, maka Allah SWT yang akan membalasnya." (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Kuat Beribadah

~"Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji dan mengajak pada kekejian, tidak pernah membuat gaduh di pasar dan tidak membalas perbuatan buruk dengan keburukan tetapi baginda memaafkan dan berlapang dada." (Hadis Riwayat Ahmad) 


~ "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah SWT dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah Al-Ahzab : 21).


~ Mu'adzah berkata, "aku pernah bertanya kepada Aisyah, 'adakah Nabi SAW menunaikan solat Duha?' Aisyah menjawab, 'ya, sebanyak empat rakaat dan baginda menambah sebanyak yang diinginkan Allah Azza wa Jalla.'" (Hadis Riwayat Muslim).


3. Menghormati Orang Tua






4. Pendengar yang Setia.


5. Sangat Prihatin pada Kebersihan Diri dan Persekitaran.


~ "Kebersihan adalah separauh daripada iman" (Sabda Nabi Muhammad SAW).

~ Rasulullah SAW seorang yang amat mementingkan bau-bauan.

~ Sabda Rasulullah SAW, “…bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
 
6. Sederhana dalam Makanan Minum.
~ Riwayat daripada Anas, "Rasulullah tidak pernah makan siang dan makan malam dengan daging beserta roti kecuali apabila menjamu para tetamu." (Hadis Riwayat Tirmizi)


Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Saya :]

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Hari Jumaat. Hari ini adalah Hari Sambutan Maulidur Rasul bagi peringkat sekolah. Alhamdulillah, ramai jugak yang hadir. Here's some notes yang saya catat time ceramah tadi. Hope it's useful :]
Rupa Bentuk Rasulullah SAW

~ Wajah bersinar seperti bulan purnama
~ Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
~ Mempunyai bentuk badan yang indah dan segak
~ Dahi Baginda luas, kening tebal, terpisah di tengahnya
~ Mata Baginda hitam
~ Hidung Baginda mancung

*Yang ni saja sempat tulis :'( belum apa2, ustazah da tukar
(Other notes will be post 2moro. Insyallah :] )

Tuesday, February 15, 2011

Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad telah dilahirkan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawwal. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam.
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam. Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
   Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.



Lagu-lagu yang boleh mengingatkan kita tentang
kemuliaan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW :

1. The Chosen One - Maher Zain
2. Ya Nabi Salam Alaika - Maher Zain
3. Rasulullah - Hijjaz

Rasulullah SAW telah mengajar, menasihati, mendidik, menunjuk, dan mengingatkan kita pelbagai hukum agama, yang mana betul dan yang mana salah, mendoakan untuk kita semua. Kita sebagai umat Islam, kita harus membalas jasanya itu dengan sentiasa mengingatinya, selawat untuknya dan pelbagai lagi. Tanpa Nabi Muhammad SAW, umat Islam sesat, dan tanpanya juga, tiadalah Islam sehingga sekarang. Wallahu 'alam.
Hari ini merupakan hari bersejarah bagi umat Islam, Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Sedekahlah surah Yaasin bagi Rasulullah SAW dan memperbanyakkan membaca hadis-hadisnya.


Saturday, February 12, 2011

Happy Valentine, Sayang?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hukum Menyambut Hari Valentine.

   Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. 
   
   Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.



Sejarah Sambutan Hari Valentine.

1. Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

2. Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama : Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua : Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Wallahu 'alam :)

Dosa dan Hukum Melihat Aurat Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.

Islam telah melarang umatnya terutamanya kaum lelaki melihat aurat wanita ajnabi kerana boleh mendorong kepada berlakunya maksiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Malah, Islam juga telah mengharamkan kaum wanita memperlihatkan atau mempamerkan aurat mereka secara sengaja kepada lelaki bukan muhrim.

   Firman Allah SWT :

   "Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti hiasan wanita Jahiliah yang dahulu..." -Surah al-Ahzab : 33


Wallahu 'alam :)

Hukum Mengumpat

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan, kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya. Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat disamping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukkan peribadi orang lain.
Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging bangkai saudaranya sendiri.

Rasulullah SAW melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap orang lain.
   Firman Allah SWT :

   "Celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela."
(Al-Humazah : 1)
Wallahu 'alam :)

Hukum Mencaci Maki

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. 
   Firman Allah SWT :

   "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab : 58)

   Rasulullah SAW bersabda : 
   
   "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abu Hurairah)

Wallahu 'alam :)

Hukum Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim.

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

   Firman Allah SWT :
   "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam : 10-12)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

   Firman Allah SWT :
   "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

   Firman Allah SWT :
   "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar."
(An-Nur : 23)

   Rasulullah SAW bersabda :
   "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Wallahu 'alam :)