I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 8, 2011

Mengapa Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Aisyah

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat jawapan yang tepat untuk 'homework' saya, mencari sebab mengapa Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin dengan Siti Aisyah. Thanks to abah :)
So mestilah nak kongsi dengan semua orang kan. So, ni jawapannya,

Nabi diperintahkan untuk berkahwin dengan Siti Aisyah ada hikmahnya yang tersendiri antaranya supaya dapat dijadikan panduan untuk umat zaman sekarang yang hendak memilih calon isteri, yang terdiri dikalangan gadis, syarat macam mana gadis dikatakan layak untuk berkahwin, apa sifatnya, dan dari perkahwinan Rasullulah dengan Aisyah r.a, sahajalah yang mana satu-satunya isteri Nabi yang merupakan seorang gadis manakala kebanyakkan isteri Rasulullah yang sebelumnya terdiri daripada janda dan telah diseru atas dasar wahyu.

Antara hikmah lain perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.

10 comments:

  1. tapi mengapa harus budak kecik?? dunia besar, ada byk lagi wanita yg bijak dan cerdik spt aisyah, mana tau klu ada lagi cerdik dan bijak dari aisyah dan lebih matang. tidak kah wak rasa pelik?? adakah wak akan membenarkan ayah wak kawin dgn budak kecik spt aisyah utk menjadi ibu wak??? inila pikiran saya apabila belajar sejarah islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mahu panjang dari kiraan sy kamu illusion org yg bijak dan pandai.. kira sy kamu boleh menghafal setiap hadis dan boleh tetap kukuh fahaman dalam nyataan didalam al quran. Rasanya tak perlu untuk mencari org lain utk memahami ilmu alquran.. cukup kamu.. bole ke sahut apa yg nyatakan ini

      Delete
    2. Pada zaman tersebut, cara mereka membesar agak berbeza dan fikiran mereka jauh bezanya dari zaman sekarang, tujuan Nabi Muhammad SAW berkahwin adalah bahawa perkahwinan tidak semestinya mengikut umur sehubungan itu, bakal isteri mampu memenuhi dari aspek fizikal dan rohani dan melepasi akil balighnya

      Delete
  2. wahai ilussion,

    mmg tidak salah utk awk berfikir soal itu, tapi awak kene tahu yg pertama - tama sekali, Allah lebih mengetahui segala apa yg telah diwahyukanNya, setakat ilmu manusia macam kita yg hanya berfikir secara logik, apelah sangat.

    kan telah dinyatakan dalam salah satu petikan di atas, yg Saidatina Aisyah yg masih kecil dikawhwin kan dengan Rasulullah utk mmberi ruang padanya mengahafal Hadis2 nabi dengan banyak. ini tidak pelik langsung.

    kita tidak hidup pada zaman Rasulullah, kita tak tahu macam mana gadis - gadis lain pada zaman itu, dengan masa tu Islam yg baru berkembang, nak carik gadis yg betul2 hatinya kukuh dgn agama Islam, pada pendapat awak, adakah ianya perkara mudah? Saidatina Aisyah sendiri anak sahabat baik Baginda, Saidina Abu Bakar.

    kita jangan samakan zaman Nabi dgn sekarang. Minta maaf jika ada tersalah bahasa atau terkasar. tak terniat, cuma bersemangat sedikit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

      Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka.

      Delete
  3. Assalamualaikum ^o^
    ok, myb ramai tertanya tanya gak. but for sure bnda jd ada hikmah disebaliknya. Allah Taala yg bg wahyu to Rasulullah SAW utk berkahwin dgn aisyah, mst la ada hikmahnya kn? lgpun Rasulullah adalah kekasih Allah, mst Allah nakkan yg terbaik utk baginda :) nak tau lg, sila baca post yg baru, tajuk- Perkahwinan Rasulullah dgn Aisyah

    ReplyDelete
  4. untuk saudara2 semua tak payahlah nak timbulkan pelbagai persoalan...nanti kalau silap merosakan akidah...kalau itu adalah satu wahyu allah swt...maka tak perlu dipersoalkan...sesungguhnya dia maha mengetahui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nabi kawin lebih dari 4?dan kenapa islam membenarkan umatnya kawin lebih dari 1?menurut apa yg sy pernah dgr...nabi kawin ramai dan islam membenarkan kawin lebih dari 1 adalau tujuan utk menjaga maslahat kaum wanita....iaitu sekiranya prmpuan itu janda dan hilang tmpt bergantung jika suaminya mninggal....malah pernah dlm 1 kisah sy dgr nabi berkahwin utk tjuan mnyebarkan dakwah kpd 1 kabilah...dgn berkahwin nya nabi dgn prmpuan tu mnybpkan islam tersebar kpd kabilah tersebut,dan kbnykan isteri2 nabi adalah janda kcuali saidatina aisyah..krana tjuan nabi berkahwin dgn mrka utk membela mrka yg kematian suami d medan perang...tnetang saidatina aisyah dikahwini 9 thun....nabi berkahwin dgn saidatina aisyah ttpi tidak menggaulinya terus....melainkan nabi melayaninya sprti melayan kanak2 kcil....lgpun perkahwinan nabi dgn saidatina aisyah adalah perintah dari Allah kerana sblum2 ini nabi hanya berkahwin dgn wanita2 janda bg tjuan membela mrka yg kematian suami dan sbgainya....perlu d fhmi bahawa perkahwinan nabi dgn bnyk isterinya itu bukn tjuan utk suka2 akan ttapi adalah brtjuan utk dakwah dan menjaga maslahat wanita sprti yg tlah sy sbutkan td......wallahua'alam.....kalw salah harap adalah insan yg sudi menegur krana sy juga mnusia biasa....bnyk khilaf.....

      Delete
  5. Pada garis besarnya dapat dibuat kesimpulan, perkahwinan Rasulullah mengandungi tujuan-tujuan sebagai berikut;

    Rasulullah berkahwin lebih dari satu bukanlah didorong oleh nafsunya. Tetapi untuk menyiarkan syi'ar Islam untuk semua umat manusia di dunia ini.

    Memberi penghormatan serta perlindungan kepada wanita, di mana sebilangan besar dari isterinya adalah janda-janda yang memerlukan pelindung.

    Memuliakan serta memberi penghormatan kepada kaum keluarga ataupun para sahabatnya, sepertimana beliau telah mengahwini Hafsah binti Umar bin Khattab dan Zainab binti Jahsyi.

    Melalui perkahwinan, Rasulullah juga telah dapat meredakan rasa dendam serta permusuhan di antara kabilah-kabilah Arab.

    Menarik tokoh-tokoh berpengaruh Quraisy ke dalam agama Islam yang kemudiannya sama-sama pula berjuang untuk menegakkan Islam.

    Setelah beliau wafat, isteri-isteri beliau telah banyak memainkan peranan penting baik dalam meriwayatkan hadis mahupun pendapat-pendapat yang berhubungan dengan soal feqah.

    Memberi perlindungan serta kasih sayang kepada anak-anak yatim yang kehilangan ayah ketika berjuang menegakkan agama Allah.

    Sebagai tanda penghormatan kepada para sahabat yang menjadi syahid, beliau mengahwini isteri-isteri mereka untuk meneruskan tanggungjawab sebagai suami serta pelindung sesebuah rumahtangga.

    Menjelaskan kedudukan hukum, bahawa Islam memperbolehkan seseorang itu mengahwini bekas isteri anak angkatnya sebagaimana terjadinya peristiwa Zaid bin Haritsah.

    Memerdekakan para tawanan perang dari sesuatu kabilah melalui perkahwinan dengan salah seorang wanita yang menjadi tawanan.

    Sebagai penghargaan atas sikap lemah-lembut orang yang bukan beragama Islam, sebagaimana beliau menikahi Mariah al-Qibtiyah yang dihadiahkan oleh Raja Muqauqis dari Mesir.

    Untuk menambah penyokong serta penganut Islam yang seterusnya akan memperjuangkan tegaknya agama Allah itu dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  6. Dgr wahai sahabat.....ape yg Rasulullah lakukan segalanya atas arahan....arahan yg maha pencipta...iaitu Allah swt....sebagai mana Allah arahkan Nabi Ibrahim as menyembelih anak nya Nabi Ismail.....seperti juga Allah melarang kite memakan babi....segala arahan Allah swt itu ade sebabnye....dan sebenarnye x tercapai oleh akal kite nak pk....Dia yg mencipta maka Dia maha tahu segalanye..maka x perlulah nak pertikaikan sesuatu yg Allah suruh atau Allah jdkan dgn akal kite yg kepandaiannye x smpi sejengkal pun....

    ReplyDelete