I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 21, 2011

Isteri-isteri Rasulullah SAW (3)

Bismillahirahmanirrahim.

8) Juwairiyah binti Haris

Perkahwinan Nabi SAW dengan Juwairiyah dilakukan kerana ingin menambah bilangan pengikut Islam dan bukan bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu. Dengan langkah ini, baginda berjaya mendapat lebih ramai sahabat dan mengurangkan bilangan musuh.

   Nabi SAW ketika berkahwin dengan Juwairiyah telah berusia 59 tahun dan telah mempunyai enam orang isteri dan oleh itu tidak benarlah jika dikatakan bahawa baginda bermotif memuaskan nafsu syahwatnya.

9) Ummu Habibah binti Abu Sufyan

Nama sebenar ialah Ramlah dan dia ialah anak perempuan Abu Sufyan, salah seorang yang sangat memusuhi Nabi SAW dan Islam. Beliau seorang wanita bangsawan dan telah memeluk Islam bersama suaminya Ubaidullah pada masa permulaan dakwah Rasulullah SAW dan telah berhijrah ke Habsyah. Di sana, suaminya memeluk ajaran Kristian dan tidak lama selepas itu meninggal dunia. Ummu Habibah beristiqamah dan jujur terhadap Islam. Kini beliau ditinggalkan dalam keadaan terbiar dan menghadapi tekanan yang hebat akibat sikap yang diambil oleh suaminya itu.

   Nabi SAW mendengar tentang keadaannya yang mengharukan tersebut lalu menghantar seorang utusan kepada Najasyi, raja Habsyah dengan bertujuan untuk melamar Ummu Habibah. Ummu Habibah pun menerima lamaran itu dengan hati yang senang.

10) Safiah binti Huyay

Nama sebenar ialah Zainab dan merupakan keturunan Nabi Musa a.s. Nabi SAW lah yang mengajak Safiah memeluk Islam lalu diterima olehnya. Demi untuk memelihara kedudukan serta menjaga maruahnya, Nabi SAW melamarnya sebagai isteri, lalu diterima oleh Safiah. Perkahwinan itu berlaku dalam tahun 628 SM tatkala Nabi SAW berumur kira-kira 57 tahun, dan Safiyah pula 17 tahun. Perkahwinan ini dibuat atas dasar memelihara dan melindungi seorang janda dari kalangan keluarga terhormat dengan cara yang sesuai dan untuk mempengaruhi orang-orang bukan Islam dengan baik.

11) Maimunah binti Haris

Nabi SAW menghantar peminangan kepadanya dengan tujuan untuk mengurangkan beban penderitaannya kerana suami dahulunya sudah meninggal dunia. Dia adalah seorang wanita yang telah lanjut usianya, iaitu 51 tahun.

   Perkahwinan ini menghasilkan hubungan yang baik di antara umat Islam dengan suku-suku Arab. Ia berjaya menambahkan lagi bilangan umat Islam dan penyokong-penyokong mereka.

12) Rehana binti Sham'um

Nabi SAW bermaksud hendak membebaskannya supaya dapat memenangi hati kaum Yahudi dengan melamarnya. Nabi SAW bercadang mengahwininya jika ia ingin memeluk Islam. Pada mulanya dia enggan, tetapi kemudian bersetuju dengan lamaran Nabi.

13) Mariyah Qibtiah

Dengan menerima Mariyah, bermakna Nabi SAW telah menghormati pemberian gabenor Mesir itu serta dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama yang baik di antara kerajaan Islam Madinah yang baru lahir dengan negara Kristian Mesir.

No comments:

Post a Comment