I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

Isteri-isteri Rasulullah SAW (1)

 Bismillahirrahmanirrahim.

1. Khadijah binti Khuwailid

Beliau seorang janda kaya yang menjalankan perniagaan di Makkah. Beliau melantik Nabi sebagai orang suruhnnya untuk menjalankan perniagaannya. Beliau sangat tertarik dengan kejujuran Nabi dan akhirnya beliau sendiri memberanikan diri menyatakan hasrat kepada baginda SAW untuk berkahwin dengannya.

   Nabi SAW ketika itu merupakan seorang miskin yang berada di bawah jagaan bapa saudaranya, Abu Talib, juga seorang yang miskin. Nabi SAW akhirnya bersetuju untuk mengahwini Khadijah, walaupun ketika itu Khadijah adalah lebih tua 15 tahun darinya dan telah dua kali menjadi janda. Mereka berdua hidup bahagia sehinggalah Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun sementara Nabi SAW pula berumur kira-kira 51 tahun.

2. Saudah binti Zam'ah

Selepas kematian Khadijah, Nabi SAW merasa sangat dukacita dan terpukul. Baginda terpaksa memelihara anak-anak dan melakukan semua urusan rumahtangga seorang diri, ditambah pula kesedihan kerana berpisah dengan isterinya yang tercinta. Khaulah binti Hakim, isteri Usman bin Ma'zun mencadangkan kepada baginda agar baginda berkahwin lagi kerana baginda sangat memerlukan seorang pembantu dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Khaulah mengusulkan Saudah, seorang janda yang telah lanjut umur atau Aisyah, anak Abu Bakar yang masih gadis supaya menjadi isteri Nabi. Nabi SAW memilih Saudah.

   Nabi SAW menimbangkan permintaan itu dengan berhati-hati sebelum menerimanya. Tugas kenabiannya kini memerlukan banyak perhatian dan masa, tetapi olah kerana baginda sibuk dengan urusan rumahtangga, baginda tidak mempunyai banyak masa untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT tersebut. Oleh kerana itu, baginda menerima janda yang telah lanjut usia, kerana wanita sedemikian memang sesuai untuk menguruskan urusan di rumah dan memberi perhatian terhadap anak-anak dengan lebih baik lagi serta memberi peluang kepada baginda untuk memerhatikan urusan kenabiannya. Kalaulah Nabi SAW seorang yang gila seks


seperti yang didakwa oleh para penulis barat (Na'uzubillah), sudah tentulah baginda akan memilih wanita yang masih muda lagi.

3. Aisyah binti Abu Bakar

Abu Bakar sangat ingin supaya Nabi SAW lebih rapat lagi dengan keluarganya dan menjadi salah seorang dari kerabatnya. Oleh itu, beliau meminta supaya Nabi SAW sudi menjadi suami kepada anak perempuannya, iaitu Aisyah.

   Ketika bernikah dengan Nabi SAW, dia baru berusia 6 atau 7 tahun. Beberapa tahun kemudian, barulah dia tinggal bersama suaminya yang mulia itu. Pada masa tersebut, sudah menjadi kebiasaan kepada bangsa Arab mengahwinkan anak-anak perempuan mereka ketika masih kecil lagi.

No comments:

Post a Comment