KEWAJIPAN terpenting dalam Islam adalah solat. Ia adalah tiang agama dan dasarnya yang kukuh. Pembeza antara keimanan dan kekufuran. Dan amal perbuatan tidak akan diterima tanpa solat. Sebab semua ibadah itu tegak di atasnya. Allah s.w.t telah menjanjikan orang-orang yang menjaga solatnya memperolehi pahala yang besar.
Firman-Nya :
"Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."
(Al-Mu'minun : 9-11)
Apabila setiap ibadah itu ada rohnya, maka roh solat itu adalah khusyuk. Dengan melakukan solat timbul rasa aman dan tenteram. Ia merupakan bentuk kominikasi dengan Al-Khaliq yang Maha Kuasa. Dengannya hatu tersinari dan masjid-masjid dimakmurkan. Allah s.w.t berfirman :
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah : 18)
Maka siapakah di antara kaum Muslimin yang mahu hatinya mengalami kehancuran, rumahnya runtuh dan kehidupannya kehilangan berkah? Ialah orang yang mensia-siakan solatnya. Tidakkah cukup solat itu menjadi tanda kesucian, dizikir dan keikhlasan!
Diriwayatkan dari Mu'adz Radhiyallahu Anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Janganlah meniggalkan solat secara sengaja. Sebab siapa-siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja bererti telah bebas daripadanya hukum Allah."
Sesungguhnya solat itu bagi hamba adalah cahaya yang akan menyinari wajahnya kelak di hari Kiamat, dan merupakan lentera yang menerangi kegelapan kuburnya, serta menjadi hidayah baginya di dunia dan keuntungannya di akhirat.
No comments:
Post a Comment