Terdapat dua jenis penyakit iaitu penyakit hati dan jasmani. Penyakit hati terbahagi kepada dua iaitu penyakit syubhat (ragu-ragu) dan syahwat. Dua jenis penyakit hati itu masing-masing dijelaskan Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 10 dan surah al-Ahzab, ayat 32.
Mengenai penyakit syubat Allah berkata,
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..." (Surah al-Baqarah ayat 10) dan penyakit syahwat, Allah berkata, "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka, janganlahkamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..." (Surah al-Ahzab, ayat 32) Antara perkara yang termasuk dalam penyakit hati adalah iri hati, ghibah, kedekut, riyak, sombong, menyebarkan fitnah, berkata kesat dan sebagainya.
Manakala jenis penyakit yang kedua iaitu penyakit jasmani. Allah berkata,
"Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi orang tempang, tidak (pula) bagi orang sakit..." (Surah an-Nur, ayat 61)
Penyakit Hati
Walau sehebat dan secanggih manapun ubat-ubatan, tidak semua penyakit hati dapat sembuh melalui pengubatannya. Penyakit hati ini hanya dapat sembuh melalui petunjuk para rasul. Ini kerana, ubatnya datang daripada mereka dan ada di tangan mereka. Sekiranya ada anggapan hati mampu baik tanpa petunjuk para rasul, Ibnu Qayyim berkata, mungkin ada yang tidak jelas.
Maka, kita dapat mengubati penyakit syahwat dengan bersabar dan menahan diri daripada mengikut hawa nafsu. Manakala, kita dapat mengubati syubhat dengan ilmu yang bersumber daripada dua peninggalan Nabi Muhammad iaitu Quran dan Sunnah.
Penyakit Jasmani
Terdapat tiga formula mengubati penyakit jasmani iaitu menjaga kesihatan, menjaga tubuh badan daripada perkara-perkara yang membahayakan dan mengeluarkan bahan-bahan toksik daripada tubuh badan. Terdapat dua kaedah mengubati penyakit jasmani. Pertama, sistem pengubatan yang Allah ilhamkan kepada kita dan juga haiwan. Contohnya, mengubati rasa lapar dengan makan, rasa haus dengan minum dan rasa letih dengan tidur/berehat. Kedua, pengubatan yang memerlukan analisis dan diagnosis. Contohnya, keracunan makanan, penyakit ketumbuhan, tumor dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment