I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 28, 2010

Malaikat Membina Kaabah

   Apabila Allah s.w.t hendak menciptakan manusia di bumi maka para Malaikat merasa seolah-olah tidak bersetuju. Malaikat yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah berani mengemukakan bantahan bila arahan ini dikemukakan.

   Kata Malaikat : "Adakah Tuhanku hendak menjadi padanya (bumi) mereka yang merosakkan padanya (dengan membuat maksiat dan derhaka kepada Tuhan dan mengkufur padaNya) dan menumpahkan darah (dengan bunuh membunuh) padahal kami ini sentiasa mengucap tasbih dengan memuji akan Dikau dan membuat amal ibadat kepada Engkau (ialah patut bagi Khalifah (ganti) Tuhanku di atas bumi)?"

   Bagaimanapun kerana takwa dan taat setia yang tidak berbelah bagi Malaikat terus naik takut akan kemurkaan Tuhan apabila mendengar perintah Allah tersebut maka pergilah mereka tawaf akan 'Arasy Tuhan dengan berkeliling dan berkekalan mereka menuntut keampunan dan keredhaan Tuhan Rabbul-a'lamin.

A. Kaabah di Bawah 'Arasy

   Maka Allah meredhakan mereka dan diperbuat serta dibina sebuah Kaabah di bawah 'Arasy Tuhan yang dinamakan 'Baitul Makmur' dengan binaan di atas empat tiang daripada 'zubur jad' dan ditahtakan dengan batu delima merah serta dinamakan dia 'Addhurrah' bagi menyenangkan kerja tawaf berbanding dengan tawaf di 'Arasy Tuhan yang begitu besar. 


   Malaikat terus tawaf pada sepanjang waktu tetapi terhad kepada sekali tawaf sahaja sehingga hari kiamat. Seramai 70 ribu Malaikat dapat mengerjakan tawaf pada sesuatu masa.


B.Kaabah di Bumi
   Kemudian Allah menyuruh Malaikat yang di bumi membina sebuah Baitullahil-Haram menyerupai Baitul-Makmur dari segi rupa dan saiznya bagi tujuan tawaf Malaikat di bumi. Binaan ini dibuat 2000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam. Tapak Baitullahil-Haram adalah bersetentang dengan Baitul-Makmur di langit. 


   Berkata sebahagian ulama : "Sekiranya dijauhkan sebutir batu daripada tengah Baitul-Makmur nescaya boleh terjatuh batu itu di tengah-tengah Baitullahi-Haram."


   Tempat binaan Baitullah-Haram ialah di atas buih yang keras iaitu awal-awal benda yang timbul di atas muka air. Inilah awal-awal binaan sehingga beberapa kali pembinaan dan pembinaan semula dinding-dinding dan atapnya yang ada sekarang. Pembinaan Malaikat tidaklah seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan yang berbentuk seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment