I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 25, 2010

Malaikat Maut

Malaikat yang paling digeruni dan ditakuti adalah Malaikat Maut (Izrail) kerana kedatangannya menjemput nyawa setiap makhluk tidak dapat diketahui. Bila-bila masa sahaja Malaikat Maut akan datang mencabut nyawa sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

   Firman Allah s.w.t: Ertinya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mempercepatkannya." (Al-A'raf.34)

Betapa kerapnya Malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Seandainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana Malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
   Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

   "Bahawa Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
   Selain itu, Allah Ta'ala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada Malaikat Maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a. dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul, para nabi-nabi, para wali dan orang-orang solihin.

   Selain itu, Malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

   Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

No comments:

Post a Comment